Solidariti Umat Islam Untuk Syria


Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom oleh Rejim Assad ke atas warga Syria dan serangan udara oleh Rusia ke atas penempatan awam, yang telah membunuh ratusan penduduk pada minggu pertama Ramadhan sahaja. Rejim yang lebih buruk dari binatang ini tidak mengira kesucian bulan Ramadhan sedikit pun dengan melakukan kerosakan dan menumpahkan darah semahunya!

Atas dasar ini HTM akan mengadakan perhimpunan beserta penyerahan Memorandum ke Kedutaan Syria dan Rusia bagi menyatakan bantahan keras kita terhadap serangan terbaru ini, dengan maklumat lanjut seperti berikut.

Tarikh : 24 Jun 2016 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat Berkumpul : Masjid al-Saudi, Jalan U Thant, KL (Berhampiran Kedutaan Syria)

Marilah kita menunaikan kewajipan kita, dengan bersama-sama menzahirkan solidariti terhadap umat Islam yang sedang ditindas di Syria, sekali gus membuktikan kecintaan serta persaudaraan kita terhadap sesama Muslim dan menentang sebarang bentuk penganiayaan ke atas saudara-saudara kita, walau di mana mereka berada.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Mukminun ayat 52 yang bermaksud,

Sesungguhnya umat ini adalah umat yang satu. Aku adalah Tuhanmu, maka takutlah kamu kepada-Ku

Rasulullah SAW bersabda, sepertimana yg diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud,

"Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, dia tidak akan menindas saudaranya dan tidak akan menyerahkan saudaranya kepada pihak yang menindas

HTM dengan ini menjemput semua pihak - media, gerakan Islam dan umat Islam umumnya untuk menyertai demonstrasi aman ini.

Semoga usaha kecil ini akan dapat melepaskan kita dari dosa-dosa membiarkan saudara kita dizalimi, dan semoga Allah SWT melipatgandakan pahala kita sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment