Wakil MHTM ke Muktamar Tahunan Muslimat PAS Pusat

31 Mei 2016, Kota Bharu - Pada 24 Syaaban 1437, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) telah menghantar perwakilan bagi memenuhi undangan ke Muktamar Tahunan Muslimat PAS Pusat yang ke -56, bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Kehadiran para perwakilan ini adalah untuk membina ukhwah Islamiyah dan merajut kesatuan umat, terutama dalam kalangan ahli politik Islam. Delegasi MHTM ini diketuai oleh Ustazah Aisyah Rahmat (Ketua MHTM Cawangan Bangi) dan turut sama hadir Pn Siti Nur Aliya (Ketua Lajnah I'lamiyah MHTM), Pn Faezah (Ketua MHTM Pulau Pinang) dan Pn Asyuraini (Aktivis MHTM).

Kami mengucapkan jazakumullahu khairan al-jazak atas layanan mesra dan ramah yang telah diberikan oleh pihak penganjur. Semoga kunjungan ini mengukuhkan lagi jalinan silaturrahim antara muslimat, seterusnya membentuk persatuan dalam mengembalikan kehidupan Islam kaffah.






SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment