Merayakan Aidil Fitri dengan Sunnah Di Bawah Naungan Khilafah


MERAYAKAN AIDIL FITRI DENGAN SUNNAH DI BAWAH NAUNGAN KHILAFAH

1. Merukyah Hilal
• Melakukan rukyatul hilal menjelang malam 29 Ramadhan

2. Mengumumkan isbat 1 Syawal
• Khalifah mengumumkan isbat (penetapan) 1 Syawal bergantung kepada keputusan rukyatul hilal
• Di malam Hari Raya, Khalifah menyampaikan ucapannya kepada seluruh rakyat Negara Khilafah untuk mengucapkan selamat dan doa serta mengingatkan kaum Muslim tentang sunnah Rasulullah SAW dalam menyambut Hari Raya

3. Bertakbir
• Takbir berkumandang sejak tenggelam matahari di malam 1 Syawal sehingga imam dan khatib naik ke mimbar
• Disunnahkan bertakbir sepanjang perjalanan ke tempat solat Aidil Fitri

4. Melafaz ucapan selamat
• Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair RA katanya “Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

5. Meneruskan Qiyamulail dengan bertahajjud

6. Mandi di pagi Hari Raya
“Daripada Malik, dia berkata bahwa Abdullah bin Umar dahulu mandi pada hari Aidil Fitri sebelum pergi ke musolla (lapangan)” [Sahih, HR. Malik dalam Al-Muwaththa` dan Al-Imam Asy-Syafi’i dari jalannya dalam Al-Umm].

7. Makan dan minum sebelum solat Aidil Fitri
• Daripada Anas bin Malik dia berkata, “Rasulullah tidak keluar di hari Aidil Fitri sebelum Baginda makan beberapa kurma. Murajja‘ bin Raja‘ berkata: Abdullah berkata kepadaku, dia mengatakan bahawa Anas berkata kepadanya, “Nabi memakannya dalam jumlah ganjil” [HR Bukhari].

8. Mengenakan pakaian yang indah dan menepati syarak
• Bagi kaum lelaki: "Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
• Bagi kanak-kanak: Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan. – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.
• Bagi kaum wanita: “Rasulullah SAW memerintahkan kami mengeluarkan para wanita gadis, haidh, dan pingitan. Adapun yang haidh, maka mereka menjauhi ruang solat, dan menyaksikan kebaikan dan dakwah/doanya kaum Muslimin. Aku berkata: ”Ya Rasulullah, seorang di antara kami ada yang tak mempunya jilbab”. Baginda menjawab: “Hendaknya saudaranya meminjamkan jilbabnya kepada saudaranya” [HR Bukhari dalam Ash-Sahih (971) dan Muslim dalam Ash-Sahih (890)]

9. Berjalan kaki menuju ke tempat solat
• Kaum Muslim lelaki dan wanita; tua dan muda disunnahkan berjalan kaki ke tempat solat sambil bertakbir sepanjang perjalanan

10. Disunnahkan solat di ruangan terbuka
• Agar menjadi syiar yang boleh disaksikan setiap mata yang memandang

11. Mendengar khutbah
• Di ibu kota Negara Khilafah, Khalifah memimpin solat dan menyampaikan khutbahnya. Isi khutbah tersebut akan dipancarkan keseluruh dunia.

12. Melalui jalan yang berbeza usai solat Aidil Fitri
• Daripada Jabir, dia berkata, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila di hari Id, Baginda mengambil jalan yang berbeza” [Sahih, HR. Bukhari Kitab Al-’Idain, Fathul Bari karya Ibnu Hajar, 2/472986, karya Ibnu Rajab, 6/163 no. 986].

13. Menziarahi sanak saudara
• Nabi pernah bersabda, “Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya” [HR Bukhari & Muslim].

14. Di jamu dengan makanan dan dihiburkan dengan hiburan-hiburan yang dibenarkan syarak
"Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” [HR al-Nasaai di dalam Sunannya, No: 959].
• Di zaman Khilafah ‘Abbasiyyah, para Khalifah biasa mengadakan jamuan makan setelah pelaksanaan solat Aidil Fitri.
• Di era Bani Fathimiyyah di Mesir, penguasa Fathimiyyah keluar di kerumunan orang ramai untuk menunaikan solat Aidil Fitri. Setelah itu, diikuti dengan membentangkan meja makan yang besar.
• Di era Ikhsyidiyyah, dilakukan pertunjukan perbarisan tentera

15. Melakukan puasa sunat Enam di bulan Syawal

#Ramadhan #Syawal #CelikSyariahTegakKhilafah
#Aidilfitri #Sunnah #rukyatulhilal #puasa6

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment