Hari Kemenangan Dipayungi Khilafah Islamiyah

Syawal kini telah menghampiri ke penghujungnya bagi tahun ini. Kita melihat ramainya umat Islam di Malaysia yang melakukan pecutan terakhir untuk menganjurkan rumah terbuka. Di sana sini jemputan rumah terbuka tidak putus-putus kunjung tiba. Umat masih di dalam ‘mood’ raya, ‘mood’ makan sepuasnya. Anak-anak gembira menerima duit raya daripada tuan rumah. Ibu bapa gembira bertemu sanak saudara dan sahabat handai.


Di dalam kesibukan kita meraikan kegembiraan ini, janganlah kita lupa saudara kita di Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain tempat yang sehingga kini masih dalam kesedihan akibat kedurjanaan kuffar Barat menghancur rumah-rumah mereka dan membunuh ahli keluarga mereka. Saban hari berita-berita tentang saudara kita terpampang di dada akhbar dan media sosial. Melihat gambar anak-anak kecil kelukaan, menangisi kematian ibu dan ayah pasti mampu meruntun jiwa kita sehingga menitiskan air mata.

Saudaraku, sesungguhnya Syawal adalah bulan kemenangan. Namun kemenangan buat umat Islam pada hari ini masih belum kunjung tiba. Apakah pernah kita terfikir mengapakah Allah masih belum memberi kemenangan kepada kita?

Saudaraku sekalian, Allah bukan tidak mahu memberi kemenangan tetapi Allah meletakkan syarat untuk mencapai kemenangan itu. Dan syarat itu ialah agar kita tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 55:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan amal saleh, bahwa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia ridhai (Islam). Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [TMQ an-Nur (24):55].

Jika inginkan kemenangan menjelma, ayuh saudaraku kita bangkit daripada tidur yang lena. Ayuh, bangkit perjuangkan agama Allah. Agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Agama yang memenangkan kita ke atas agama yang lain. Perjuangan ini bukannya mudah, tetapi yakinlah bahawa ganjarannya amat besar. Perjuangan inilah yang akan menegakkan kembali syiar Islam dibawah naungan Daulah Khilafah Islamiyah. Sebuah daulah yang akan mengangkat kembali darjat umat Islam, yang akan menjadi perisai umat bahkan yang akan menggentarkan musuh-musuh Allah.

Di kesempatan ini marilah kita berdoa agar Syawal yang mendatang, Islam tidak lagi dihina. Malah seluruh umat Islam akan dapat meraikan Hari Kemenangan dengan erti kemenangan yang sebenar. Tiada lagi gentar, tiada lagi air mata, yang ada hanyalah kegembiraan dan senyuman yang terukir di bibir anak-anak kecil yang terbela nasibnya. Mudah-mudahan Allah SWT menemukan kita dengan Syawal di bawah naungan Daulah Khilafah. Itulah hari kemenangan yang besar buat Umat Islam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment