Kempen Merdeka dengan Syariah Islam

31 ogos 2016 (Rabu), Sandakan - MHTM cawangan Sandakan, telah mengadakan kempen kemerdekaan hakiki di bandar sandakan. Bertepatan dgn sambutan hari kemerdekaan Malaysia, tema ini diangkat dlm rangka memberikan pemahaman tentang kemerdekaan hakiki menurut perspektif Islam kepada umat. Rata rata mereka menganggap Malaysia telah pun merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah. Namun pada faktanya tidak. Walaupun tentera British tidak lagi berada di Malaysia, namun pemikiran dan peraturan mereka tetap diambil dan diterapkan di dlm negara. Di samping itu, pengaruh negara kuasa besar dari aspek politik, ekonomi, budaya dan lain lain terus mengakar di negara Malaysia. Sambutan dan penerimaan dari masyarakat di Sandakan terhadap kempen yg di lakukan sangat menggalakkan. Alhamdulillah, setelah mendengarkan perkongsian ilmu dari mhtm cawangan sandakan, mereka telah memahami bahawa negara masih belum merdeka. Hanya dengan menerapkan syariat Islam sahaja,umat ini akan merdeka. Hanya dengan negara khilafah, umat ini mampu bebas dari cengkaman penjajah.













31 Ogos 2016 (Rabu), Bangi - Muhasabah Merdeka | Para muslimah dari Bangi mengajak seluruh umat Islam khususnya di Malaysia, untuk sama-sama mengembalikan Islam sebagai cara hidup. Kemerdekaan hakiki hanya dapat diraih dengan penerapan syariat Islam secara kaffah. Ayuh merealisasikan erti sebenar kemerdekaan dengan #CelikSyariahTegakKhilafah





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment