Mengekalkan Kejayaan Ramadhan

Sebulan penuh sepanjang Ramadhan kita telah menghiasinya dengan puasa dan berbagai amal soleh. Semoga semua itu, terutamanya ibadah puasa berjaya melatih diri kita menjadi insan-insan yang bertakwa dan makin meningkat ketakwaannya.

Takwa itu, seperti yang diertikan para sahabat, bermakna al-khawf min al-Jalil wa al-'amalu bi at-Tanzil isti'dâdan li yaumi Rahil - rasa takut terhadap Zat yang Maha Agung, beramal sesuai dengan (tuntutan wahyu) yang diturunkan, sebagai persiapan menghadapi hari yang kekal-. Dengan terwujud dan makin meningkatnya ketakwaan dalam diri kita, seharusnya membuatkan kita makin mempunyai rasa takut kepada Allah Yang Maha Agung. Rasa takut yang lahir daripada keimanan yang lengkap. Rasa takut yang mendorong kita untuk beramal dalam segala hal sesuai tuntutan wahyu. Dan semua itu kita lakukan sebagai persiapan menghadapi Hari Akhir, kerana keimanan bahawa kita pasti akan menghadapinya dengan mempertanggungjawabkan semua amal di dunia. Juga kerana harapan agar kita meraih keredaan Allah dan mendapat kurnia dan kenikmatan yang telah Allah janjikan bagi orang-orang yang bertakwa.

Manifestasi ketakwaan itu adalah dengan melaksanakan hukum-hukum syariah secara keseluruhan. Pada masa ini, sebahagian daripada undang-undang syariah memang boleh dilaksanakan, terutama berkaitan peribadi, tentang makanan, pakaian, minuman, akhlak, keluarga, dan sebahagian mu’amalah. Di sisi lain, ada banyak undang-undang syariah yang belum dapat dilaksanakan pada masa ini terutama hukum-hukum berkaitan politik dalam negeri, pemerintahan, politik luar negeri, ekonomi, etika pergaulan, jenayah dan undang-undang syariah tentang pengaturan masalah awam. Hal itu kerana pra syarat pelaksanaannya belum wujud. Sedangkan semua undang-undang itu adalah sama, iaitu undang-undang syariah yang bersumber daripada wahyu yang tidak boleh dibeza-bezakan. Semuanya perlu dilaksanakan sebagai wujud ketakwaan yang sudah dilatih selama Ramadhan. Pra syarat itu adalah adanya kekuasaan yang menerapkan syariah secara keseluruhan dan itu tidak akan terwujud kecuali dengan sistem Khilafah sebagai kaedah penerapan syariah yang telah ditetapkan, yang telah dilaksanakan dan dijaga oleh para sahabat dan generasi kaum Muslimin selanjutnya.

Maka untuk menyempurnakan dan mengekalkan ketakwaan yang sudah dilatih selama Ramadhan, hendaklah setiap Muslim turut terlibat secara aktif dalam perjuangan mewujudkan penerapan syariah Islam secara kaffah di bawah sistem Khilafah Rasyidah yang mengikuti manhaj kenabian. Semua itu merupakan tuntutan daripada keimanan kita, penyempurnaan manifestasi ketakwaan, sekaligus kewajipan daripada Allah SWT.

Penerapan syariah dan penegakan Khilafah itu juga keperluan mendesak bagi dunia umumnya dan khususnya bagi kaum Muslim di seluruh negeri mereka. Keperluan mendesak akan Khilafah itu dituntut oleh berbagai bencana yang menimpa umat Islam hingga saat ini.

Saudara kita di Gaza Palestin dihujani dengan aneka senjata pemusnah oleh entiti pendudukan Yahudi Israel. Tidak sedikit yang menjadi korban, dan beratus-ratus orang gugur menjadi syuhada. Masjid, sekolah, penempatan, rumah sakit, dan infrastruktur lain pun hancur. Kebiadaban dan kekejaman pencerobohan itu menimpa siapa dan apa saja, hingga bebatuan dan pepohonan tidak luput daripadanya. Jeritan, rintihan dan jeritan minta tolong daripada anak-anak, wanita, orang-orang tua dan penduduk Gaza umumnya, tidak mendapat jawapan yang sepatutnya. Para penguasa kaum Muslim, termasuk negeri sekeliling Gaza, tidak bergerak memberikan pertolongan sewajarnya. Mereka sibuk menghitung korban dan paling segera menghantar bantuan dana, makanan, ubat-ubatan. Namun tidak ada yang bertindak tegas menghentikan kebiadaban Israel. Padahal di tangan mereka mempunyai kawalan atas ratusan ribu bahkan jutaan tentera dan pelbagai senjata daripada semua jenis dengan segala kecanggihannya.

Palestin bukanlah satu-satunya. Di Syria, hingga kini umat Islam perlu menghadapi keganasan pemimpinnya sendiri, Basyar Asad. Dengan sokongan negara-negara kafir penjajah, rejim Nushairiyyah itu membunuh ratusan ribu rakyatnya sendiri.

Sementara Iraq dan Afghanistan masih berada di bawah penjajahan negara imperialis, Amerika Syarikat. Keadaan menyedihkan juga masih terus dialami saudara-saudara kita di Pattani Thailand, Moro Philipina Selatan, Kashmir, Rohingya di Myanmar, kaum Muslim di Afrika Tengah, China, dan lain-lain.

Semua realiti itu mengukuhkan kesimpulan bahawa umat ini memerlukan Khilafah. Dengan Khilafah, persatuan umat Islam benar-benar dapat diwujudkan dalam kehidupan. Selain ikatan akidah, persatuan umat semakin kukuh tatkala berada dalam ikatan daulah.

Dengan Khilafah, kaum Muslim di negeri-negeri Islam dengan segala potensinya boleh disatukan. Khilafah akan menjadi negara kuat yang disegani untuk memimpin dunia.

Dengan Khilafah juga, umat Islam beserta agamanya terjaga. Darah, kekayaan, dan kehormatan akan terpelihara. Sebab, Khalifah adalah junnah, perisainya. Rasul SAW bersabda,

وَإِنَّمَا الإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

"Sesungguhnya Imam itu adalah perisai, orang berperang di belakangnya dan berlindung dengannya." [HR al-Bukhari].

Khalifah bukan hanya keperluan negeri-negeri Muslim yang dijajah secara fizikal. Khilafah juga menjadi keperluan bagi seluruh umat Islam, termasuk negeri yang tidak dijajah secara fizikal seperti negeri ini. Walaupun tidak secara fizikal, namun penjajahan berlangsung dalam pelbagai aspek kehidupan, seperti politik, ekonomi, budaya, pemikiran, dan peradaban. Maka, hutang negara pun terus bertambah setiap tahun, manakala sebahagian besar rakyatnya hidup miskin dan menderita. Ironinya, kekayaan alam yang melimpah-ruah justeru dikuasai badan-badan korporat asing. Rasuah semakin menjadi-jadi, jenayah berleluasa, kemungkaran dan kemaksiatan lain semakin liar dan tidak terkawal.

Rejim telah beberapa kali berganti. Pilihanraya umum, baik legislatif, Perdana Menteri mahupun menteri besar- menteri besar sudah diadakan berkali-kali. Namun perubahan lebih baik tidak kunjung tiba. Janji manis para ahli politik tinggal janji. Keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan hanya mimpi.

Bagaimana mungkin keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan dapat diwujudkan, sementara sistem yang dikuatkuasakan justeru menciptakan kepincangan, kemiskinan, dan kesengsaraan. Bagaimana mungkin negeri ini boleh bebas daripada penjajahan, sedangkan sistem yang diterapkan justeru menguatkan lagi cengkaman penjajahan. Maka, siapa pun pemimpinnya, jika tidak menyentuh kepada apa yang diterapkan, pasti tidak akan membawa perubahan.

Inilah yang berlaku di negeri ini. Pangkal penyebab perlbagai masalah di negeri ini adalah sistem batil dan rosak. Sistem itu adalah demokrasi dan liberalisme. Kedua-duanya berpunca daripada ideologi kufur, iaitu Sekularisme-Kapitalisme.

Prinsip asas demokrasi adalah kedaulatan rakyat. Prinsip ini menjadikan manusia satu-satunya pembuat undang-undang. Hal ini jelas menafikan kuasa Allah SWT sebagai pembuat undang-undang. Sedangkan prinsip asas liberalisme dalam ekonomi adalah kebebasan pemilikan dan pengelolaannya.

Ketika sistem tersebut dilaksanakan oleh negara, maka akan mempunyai sumber paksaan terhadap rakyatnya. Rakyat dipaksa berpaling daripada syariah-Nya. Hal itu akan menjerumuskan manusia ke jurang kesengsaraan. Allah SWT berfirman:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا

"Dan barangsiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit" [TMQ Thaha (20): 124].

Menurut Imam Ibnu Kathir rahimahullah dalam tafsirnya, "Berpaling daripada peringatan-Ku" maknanya adalah menyelisihi perintah-Ku dan apa yang Aku turunkan kepada para rasul-Ku, berpaling daripadanya, melupakannya, dan mengambil selainnya sebagai petunjuk.

Maka akibatnya "fa inna lahu ma'îsyatan dzanka". Maknanya adalah, tiada ketenteraman baginya, tiada kelapangan di dadanya, bahkan dadanya terasa sempit kerana kesesatannya, walaupun secara lahir kelihatan nikmat, boleh berpakaian dan makan apa pun yang diinginkan, dan tinggal di mana pun dia suka. Maka hatinya tidak akan sampai pada keyakinan dan petunjuk, hatinya akan merasa gelisah, tidak menentu, dan keraguan. Hatinya selalu diliputi dengan kekeliruan dan kebimbangan.

Bukan hanya menyebabkan penderitaan di dunia, penolakan terhadap syariah juga akan menjerumuskan manusia ke dalam neraka. Ayat selanjutnya menegaskan,

وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

"Dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta" [TMQ Thaha (20): 124].

Oleh kerana itu, negeri ini dan penduduknya bahkan dunia memerlukan Khilafah. Dengan Khilafah, syariah dengan seluruh bahagiannya boleh digunakan. Sebagai undang-undang yang berasal daripada Zat Maha Benar dan Maha Adil, syariah adalah undang-undang yang benar dan adil. Dan ketika diterapkan, nescaya akan menghasilkan keadilan dan kebaikan. Kesejahteraan dan keberkatan juga akan dikurniakan. Allah SWT berfirman,

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah darip langit dan bumi". [TMQ al-A'raf (7): 96].

Perlu diingat kembali bahawa Khilafah adalah kewajinan syarie dan sumber kemuliaan kita, al-khilâfatu fardhu Rabbina wa mashdaru 'izzinâ, Khilafah adalah kewajiban Tuhan kita dan sumber kemuliaan kita.

Wajibnya Khilafah telah diterangkan oleh para ulama muktabar. Tidak ada perselisihan di antara mereka. Kemuliaan juga hanya kita dapatkan ketika kita menerapkan syariah. Sedangkan syariah secara kaffah hanya boleh dilaksanakan dalam Daulah Khilafah.

Maka, setelah menjalankan ibadah selama bulan Ramadhan, hendaklah kejayaan itu kita kekalkan dan sempurnakan dengan turut berjuang menegakkan Khilafah. Segeralah melangkah dalam barisan para pejuang syariah dan Khilafah yang akan menerapkan syariah Islam secara kaffah dan konsisten mengikuti manhaj kenabian. Wallâh a'lam bi ash-shawab.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment