‘Shame On You, Google!’, Israel-lah Yang Wajib Dibuang dari Peta Dunia Selamanya

Forum Wartawan Palestin mengecam Google yang membuang wilayah Palestin dari petanya. Wilayah Palestin dibuang dari Google Maps dan diganti dengan nama Israel pada 25 julai lalu. Dalam pernyataan yang diwartakan pada hari Rabu lepas (3/8), forum mengatakan “Keputusan Google itu adalah sebahagian daripada perancangan Israel untuk menjadikan ia sebuah negara yang sah bagi generasi masa depannya dan menghapuskan Palestin”, dipetik daripada Middle East Monitor.

Usaha Israel menghilangkan Palestin dari peta mereka sebenarnya bukan persoalan baru, kerana hal itu sudah dilakukan Israel selama puluhan tahun dalam pelbagai iklan promosi pelancongannya. Israel bahkan pernah mengisytiharkan kota Bethlehem sebagai sebahagian daripada wilayah Israel.

Rejim Zionis memanfaatkan semua peluang dan menggunakan segala cara untuk memajukan kebijakan melebarkan wilayahnya. Jika rejim ini memiliki kemampuan yang diperlukan, maka Israel tentunya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan perang baharu di kawasan tersebut. Israel sesungguhnya tidak mempunyai kemampuan untuk berdiri sebagai sebuah negara. Israel boleh berdiri kukuh kerana disokong oleh Inggeris pada masa awal penubuhannya, kemudian oleh Amerika Syarikat sebagai penyokong utamanya ketika ini.

Berdirinya Negara Israel tidak lepas daripada peristiwa runtuhnya Khilafah Islamiyah. Konspirasi Yahudi melalui Parti Turki Muda pimpinan Musthafa Kamal Pasha berhasil menggulingkan Khalifah Sultan Abdul Hamid II dan menghapuskan Khilafah Islamiyah daripada pentas dunia pada tahun 1924. Sebelumnya pada tahun 1909, Sultan Abdul Hamid II mengeluarkan pernyataan keras kepada Yahudi yang menginginkan Palestin menjadi negara mereka. “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniyah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian!” Demikianlah, Sultan Abdul Hamid II telah menjadi batu penghalang yang kukuh bagi terealisasinya keinginan Yahudi mendirikan Negara Israel di wilayah Palestin.

Apabila melihat kepada sejarah berdirinya Negara Israel di bumi suci Palestin, dapat disimpulkan bahawa Negara Israel lahir sebagai hasil daripada konspirasi dan pengkhianatan. Gagasan seorang Yahudi Hongaria di Paris, Dr. Theodore Herzl (1896), yang bercita-cita mendirikan sebuah negara bagi bangsa Yahudi mendapat sokongan daripada Inggeris sebagai negara imperialis nombor satu ketika itu. Melalui Deklarasi Balfor tahun 1917, Inggeris mendukung pembentukan Negara Yahudi di tanah Palestin yang mana sebelumnya, Inggeris telah bersepakat dengan Perancis untuk membahagi-bahagikan wilayah jajahan Timur Tengah melalui perjanjian Sykes Picot tahun 1916.

Pada tahun 1918, Palestin jatuh. Jenderal Lord Allenby berhasil merampas Palestin daripada Khilafah Utsmaniyah. Setahun kemudian LBB memberikan mandat Palestin kepada Inggeris. Dan pada tahun 1947 secara sewenang-wenang PBB membahagikan wilayah Palestin menjadi dua. Dan akhirnya pada tahun 1948 menjadi hari yang bersejarah bagi bangsa Yahudi, iaitu hari berakhirnya mandat dan penarikan pasukan Inggeris daripada Palestin kemudian dideklarasikan Penubuhan Negara Israel pada 14 Mei 1948. Berdasarkan realiti tersebut, kewujudan Israel adalah tidak sah. Israel tidak berbeza dengan Negara Belanda yang merampas tanah Indonesia di masa penjajahannya.

Walaupun tindakan keji Israel di bumi Palestin sudah ratusan kali berulang, masih ada sahaja sebahagian kalangan umat Islam menunjukkan sikap keliru dalam menilai dan memberi maklum balas perihal masalah Palestin ini. Pertama; sebahagian daripada kalangan umat Islam, bahkan para tokohnya seolah-olah masih percaya dan menaruh harapan kepada Israel. Buktinya, mereka masih sahaja menawarkan penyelesaian damai melalui sejumlah dialog dan perundingan dengan institusi Yahudi itu. Walhal sudah jelas, sudah puluhan kali dialog dan perundingan dengan Israel dilakukan dan ia sudah berjalan puluhan tahun, namun hasilnya boleh dikatakan kosong. Bahkan realiti yang terjadi, tindakan Israel di Palestin hari demi hari semakin membabi-buta.

Kedua; sebahagian daripada kalangan umat Islam, bahkan para tokohnya juga seolah-olah masih percaya dan bahkan berharap kepada AS, lebih-lebih lagi di akhir pemerintahan Obama ketika ini yang dianggap lebih bersahabat dengan umat Islam jika dibandingkan dengan pendahulunya, George W. Bush. Walhal sebelum dilantik menjadi presiden AS, iaitu ketika masih dalam tempoh kempen pemilihan presiden AS, Obama berkali-kali bertekad untuk menjamin sepenuhnya kepentingan dan keamanan Israel di Timur Tengah.

Sesungguhnya umat tidak akan bertoleransi terhadap setiap orang yang bersekongkol dalam penyesatan dan penelantaran bumi Palestin yang diberkahi oleh Allah ini. Sungguh, seksa Allah di Akhirat lebih keras dan menyakitkan seandainya mereka memahami. Palestin memiliki tokoh-tokoh umat yang melangkah dengan langkah-langkah teguh bersama umat mereka untuk menerkam para penguasa jahat, untuk mencabut mereka dan menobatkan Khalifah kaum Muslimin menggantikan para penguasa jahat itu; sehingga Khalifah memimpin mereka dan memimpin pasukan umat untuk membebaskan seluruh Palestin dan menghancurkan entiti Yahudi secara keseluruhan.

Oleh: Umar Syarifudin – Syabab HTI (Pemerhati Politik Internasional)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment