Sihir Pokemon Go Melanda Generasi

Sebuah aplikasi permainan telefon pintar telah mengambil perhatian masyarakat khususnya anak muda yang pencinta ‘game’. Ya, itulah aplikasi permainan Pokemon Go, permainan augmented reality (realiti berperantara) yang menggunakan GPS (sistem kedudukan sejagat). Kaedahnya adalah anda bermain dengan berjalan di dunia nyata, kemudian menangkap raksasa nyata yang menjengkelkan seperti Pikachu dan Jigglypuff di tempat-tempat yang berdekatan dengan lokasi telefon anda serta melatih mereka untuk bertanding.

Di Malaysia, permainan itu dilihat sudah boleh dimuat turun oleh pengguna-pengguna iOS masing-masing menerusi Google Play Store dan Apple App Store sejak tiga hari lepas. Perkara tersebut turut diumumkan oleh pentadbir akaun Twitter PokemonGoApp yang berkata bahawa pemain-pemain Pokemon Go sudah berada di 15 buah negara di Asia.

Negara-negara tersebut adalah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Solomon Islands, Federated States of Micronesia dan Palau.Pengguna Facebook menerusi halaman ‘Pokemon Go Malaysia’ telah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik paparan skrin mereka bermain permainan tersebut sejak seawal jam 8.00 pagi (6 Ogos).

Di Indonesia sendiri, walaupun belum dikeluarkan secara rasmi namun sudah muncul pelbagai komuniti Pokemon Go. Salah satunya adalah Pokemon Go Indonesia (komuniti) yang mengaku sudah memiliki 25 ribu anggota di laman Facebook-nya. (Sumber berita: http://tekno.liputan6.com/read/2550891/siap-siap-trainer-pokemon-go-bakal-tumpah-ruah-di-gbk)

Melalaikan Generasi

Kita boleh bayangkan keseronokan bermain permainan ini. Tahap keseronokannya digambarkan sehingga ramai pemain yang terlalai, hilang kewaspadaan sehingga menyebabkan terjadinya kemalangan bahkan menjadi mangsa tindakan jenayah. Dalam laman web bbc.com diberitakan, empat orang ditangkap setelah mereka menggunakan permainan ini untuk mengumpan para pemain ke tempat yang terpencil dan kemudian merompak mereka dengan senjata. (Sumber berita: http://www.bbc.com/indonesia/majalah/2016/07/160712_majalah_pokemon_go).

Munculnya aplikasi permainan ini semakin menambah panjang senarai daftar godaan yang menimpa generasi muda. Ketika belum habis generasi muda terlena dibuai oleh keriuhan sosial media, kini hadir pula Pokemon Go. Kelihatannya seakan-akan ada serangan bertubi-tubi agar mereka (generasi muda) tidak sempat berfikir untuk bangkit. Entah apa yang akan terjadi kepada generasi muda jika tidak segera disedarkan daripada aktiviti yang melalaikan ini. Mereka akan tetap sibuk dengan diri sendiri, tidak mempedulikan orang di sekelilingnya, bahkan lalai akan kewajipannya sama ada sebagai hamba Allah mahupun sebagai mahluk sosial.

Islam Memandang Isu Permainan

Berbicara tentang Pokemon Go, tidak jauh beza untuk kita membicarakan berkenaan permainan secara umum. Saat ini kita hidup dalam masyarakat kapitalis yang tidak kenal halal dan haram, yang hidupnya serba individualistik dan mementingkan kesenangan individu tanpa mempedulikan orang di sekitarnya sehingga melupakan pahala, dosa, syurga dan juga neraka. Dalam keadaan seperti ini, kebanyakan permainan sifatnya memang cenderung ke arah negatif dan destruktif (merosak), sehingga mudah menggelincirkan umat Islam ke lembah dosa dan kemaksiatan.

Lumrahnya, permainan pasti menimbulkan keseronokan. Namun, bahaya yang ada padanya (permainan) adalah ia dapat membius pelakunya sehingga mensia-siakan waktu yang sangat berharga, yang semestinya dapat dimanfaatkan untuk hal yang lebih baik, contohnya mengkaji islam, berdakwah atau memperjuangkan syariah Islam. Sedangkan waktu hidup manusia di dunia tidaklah lama, tentu sayang kalau hanya dibuang tanpa manfaat atau faedah, sama ada faedah di dunia mahupun faedah di akhirat. Lebih rugi lagi apabila ia dapat memperdaya kita ke arah negatif. Benar sekali sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang pernah memperingatkan kita, “Ada dua kenikmatan yang memperdayakan kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu lapang” [HR al-Hakim, al-Mustadrak, No. 7845].

Bagaimanakah hukum permainan itu menurut syariah Islam? Pada dasarnya, Islam adalah agama fitrah, iaitu sangat memahami fitrah manusia yang kadang ada perasaan jemu dan bosan. Hal ini kerana manusia berbeza dengan malaikat yang diwajibkan berterusan berzikir kepada Allah SWT. Islam juga tidak mewajibkan kepada setiap Muslim untuk terus menerus mengisi waktunya di masjid sahaja, atau terus menerus membaca al-Quran, atau terus menerus berdakwah, dan sebagainya. Oleh itu, Islam tidak melarang umatnya untuk sesekali mengisi waktu lapangnya dengan bermain sesuatu permainan. Tentu sahaja ia bukan sembarang permainan, melainkan yang dihalalkan oleh syariah Islam. Rasulullah SAW sendiri pernah berlumba lari dengan Aisyah RA. (HR Ahmad dan Abu Dawud). Ini menunjukkan bahawa Islam membenarkan permainan, selagi sesuai dengan syariah Islam. (Yusuf Qaradhawi, Al Halal wal Haram fil Islam, hlm. 252-254).

Secara umum, permainan yang sesuai syariah Islam wajib memenuhi 3 (tiga) syarat seperti berikut:

Pertama, mestilah halal secara syariah, contohnya acara olahraga lari, memanah, renang, dan sebagainya. Jadi tidak boleh berupa sesuatu yang haram, baik haram dari segi zatnya mahupun haram dari segi aktivitinya. Keharaman dari segi aktivitinya ini, banyak sebab dan rinciannya dalam syariah Islam. Contohnya permainan yang diharamkan kerana menyerupai kaum non-muslim (tasyabbuh bil kuffar), atau diharamkan kerana menyerupai berlainan jenis, contoh bermain drama di mana lelaki berperanan sebagai wanita atau sebaliknya.

Kedua, tidak boleh melalaikan kita daripada kewajipan. Contohnya, kewajipan solat, bekerja, menutup aurat, menuntut ilmu, berdakwah, dan sebagainya. Jadi ketika berburu monster virtual tidak boleh meninggalkan kewajipan dakwah atau mengaji, atau dilakukan dengan ponteng sekolah dan kuliah.

Ketiga, permainan itu tidak boleh membahayakan (mudharat). (Artikel berkaitan: http://hizbut-tahrir.or.id/2013/07/09/bahaya-hiburan-dan-permainan/).

Jangan Tersihir

Kepada generasi muda muslim, ingatlah kembali akan jati dirimu sebagai generasi penggenggam tongkat perjuangan tegaknya Syariah dan Khilafah. Engkaulah yang kelak akan mengubah nasib umat. Di tanganmu masa depan Islam dipertaruhkan.

Janganlah engkau sia-siakan waktumu untuk kesenangan yang seketika. Jangan pula tersihir, terlena dan terperdaya pada kebahagiaan sementara. Perhatikan pesan junjungan kita, Rasulullah SAW,

“Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara lainnya; masa mudamu sebelum masa tuamu, sihatmu sebelum sakitmu, kayamu sebelum miskinmu, waktu lapangmu sebelum waktu sempitmu, dan hidupmu sebelum matimu.” [HR al-Hakim, dalam al-Mustadrak ‘Ala As Shahihain, Juz 4, no. 7846, hadis shahih].
Wallahu a'lam. [VM]

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment