Street Dakwah di Dataran Tanjung Emas, Muar

13 Ogos 2016, Muar - MHTM Muar menjalankan aktiviti street dakwah kepada orang ramai yang mengunjungi Dataran Tanjung Emas, Muar serta Pasar Malam Taman Muhibbah, Jasin, Melaka. Aktiviti ini memperkenalkan kesyumulan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang mencakupi aturan tentang 3 jenis hubungan. Iaitu hubungan manusia dengan Rabbnya, hubungan manusia dengan dirinya serta hubungan manusia sesama manusia. Sayangnya, virus sekularisme (pemisahan agama daripada kehidupan) yang lahir dalam agama Nasrani telah menjangkiti umat Islam. Akibatnya, ajaran Islam disempitkan dan yang dijulang hanyalah terkait dengan hal-hal ibadah, akidah, makanan. Urusan lain terkait kehidupan diserahkan sepenuhnya kepada kedangkalan akal untuk mencipta aturan yang dirasakan menepati selera hawa nafsu manusia. Maka tidak hairanlah musibah demi musibah terus berlaku, jenayah terus meningkat, maksiat berleluasa, kemiskinan makin melata dan kebodohan terus bermaharajalela. Justeru, kempen seperti ini diharap mampu mengetuk hati umat untuk kembali hidup dalam sistem Islam yang syumul dan kaffah dengan penegakan Khilafah Islamiyyah.







SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment