25 September 2016 (Ahad), Kampar - Tazkirah Muslimah menampilkan Ustazah Aishah Ismail (Aktivis MHTM) dengan tajuk “Pengertian Hijrah Dan Peranan Umat Islam Masa Kini”. Intipati pembentangan berkisarkan kepada realiti umat Islam ketika ini yang ditindas, dizalimi, dikhianati dan sebagainya sehingga timbul persoalan adakah ada harapan untuk perubahan?


Sebelum menjawab persoalan tersebut, Ustazah Aishah membawa peserta-peserta untuk mengimbau peristiwa hijrah Rasulullah dan para sahabat. Baginda dan para sahabat melalui pelbagai penganiayaan, penyiksaan, propaganda keji, pemboikotan sebelum menerima Tholabun Nusrah daripada kaum Aus dan Khazraj. Setelah berlaku Bai'at, bermulalah penghijrahan Nabi dan umat Islam dari Mekah Ke Madinah sehingga tertubuhnya sebuah negara umat Islam iaitu Daulah Khilafah.

Namun, timbul kekeliruan umat dalam memahami makna hijrah sebenar apabila mengaitkan hijrah dengan perubahan apa sahaja dari segi ekonomi, kewangan, pekerjaan, status sosial dan lain-lain lagi menuju ke kedudukan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Sedangkan intipadi dari hijrah sebenarnya adalah berpindah cara hidup. Dari cara hidup jahiliyyah berpindah menjadi cara hidup Islam.


Di akhir tazkirah, beliau menyeru peserta-peserta untuk sama-sama berhijrah dengan menolak sistem sekular dan mengembalikan sistem Islam kaffah. Hanya dengan syariah Islam dapat menyelesaikan berbagai masalah sosial, budaya, ekonomi, politik, pendidikan, dakwah, jihad dan sebagainya. Firman Allah SWT,

"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyyah?Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah" [TMQ al-Maidah (5):50].
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment