Aktiviti Jom Mengaji di Chenderong Balai

8/9/2016, Chenderong Balai - Aktiviti Jom Mengaji! diteruskan di salah sebuah surau di Chenderong Balai, Perak. Alhamdulillah, "Jom Mengaji!" berjaya menarik minat warga emas untuk sama-sama mendalami Al-Quran. Selain belajar mengaji, MHTM Cawangan Ipoh mengambil kesempatan untuk menyampaikan tazkirah berkenaan tafsir surah al-Baqarah : 197.

Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Pn Nabila (Ketua MHTM Cawangan Ipoh). Di dalam ayat tersebut Allah SWT berfirman,

"(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak bole rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakam haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertaqwalah kepadaKu yang orang-orang yang beraqal".

Ibadah haji adalah simbol perpaduan umat Islam kerana melakukan ibadah ini semua bakal haji diwajibkan untuk hadir ke padang 'Arafah serentak selepas waktu asar pada tanggal 9 Zulhijjah untuk menjalani ibadah wuquf dan mereka akan berkumpul dalam keadaan berihram.



Semua manusia dengan berbagai warna kulit dan bangsa adalah sama disisi Allah kecuali taqwa yang dicapai dengan kesungguhan mereka untuk mencapai keredhaanNya. Beliau juga menambah sejarah Islam telah membuktikan dengan kesatuan ummat melalui sebuah pemerintahan Islam, umat Islam akan sejahtera dan makmur. Bebas dari segala bentuk penindasan, kezaliman, penganiyaan dan sentiasa dipelihara oleh seorang yang dipanggil Khalifah.



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment