Hijrah dalam Metod Dakwah Rasulullah

Dua tahapan yang pertama berada di dalam fasa Mekah manakala tahapan yang terakhir di dalam fasa Madinah.

HIJRAH adalah episod transisi daripasa fasa Mekah ke fasa Madinah; daripada Darul Kufur menuju Darul Islam (An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islâmiyyah, II/276)

1.Marhalah Tatsqif (tahapan pembinaan dan pengkaderan)
• Lokasi: Mekah
• Perintah daripada Allah SWT: TMQ al-Muddatstsir (74):1-3

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ (٢) وَرَبَّكَ فَكَبِّرۡ (٣

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!” [TMQ al-Muddatstsir (74):1-3].

• Aktiviti dakwah:
- Mengajak kepada akidah Islam melalui diskusi
- Membentuk syakhsiyah Islamiyah dan pemantapan akidah
- Membentuk kelompok dakwah
• Uslub dakwah:
- Ziarah ke rumah-rumah
- Secara sirriah (rahsia)
• Tempoh dakwah : 3 Tahun

2.Marhalah Tafa’ul wal kiffah (tahapan interaksi dengan umat dan perjuangan)
• Lokasi: Mekah
• Perintah daripada Allah SWT: TMQ al-Hijr (15):94

فَٱصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.” [TMQ al-Hijr (15):94].


• Aktiviti dakwah:

- Syira’ul Fikri (pertarungan pemikiran) ; ideologi Islam VS ideologi Kufur
Dalil: Menyerang aktiviti sosial masyarakat Jahiliyah: TMQ al-Takwir (81):8-9; TMQ al-Muthaffifin (83):1

- Kifahus siyasi (perjuangan politik) dan menggugat sistem kufur dengan mengungkapkan keburukan dan kerosakan sistem kufur serta menunjukkan keunggulan sistem Islam.

 Dalil: Kutukan Allah terhadap tindakan para pemuka Quraisy : TMQ al-Ma’un (107):1-7; TMQ al-Lahab (111):1-5
 Kesan: Mendapat pelbagai siksaan yang keji daripada kafir Quraisy

- Tholab an-Nushroh (meraih dukungan) daripada kabilah-kabilah Arab untuk mencari jaminan keamanan dakwah dan kekuasaan sebuah negara untuk menerapkan syariah Islam

 Bani Amir bin Sha’sha’ah  Menolak
 Bani Syaiban bin Tsa’labah  Menolak
 Bani Kalb  Menolak
 Dan lebih daripada 40 kabilah yang ditemui semuanya menolak KECUALI
 Pemuda suku Aus dan Khazraj di Madinah  Menerima
1. Mus’ab bin Umair diutus ke Madinah untuk berdakwah
2. Daripada lisan Mus’ab, dakwah diterima Saad bin Muadz pemuka Bani Abdul Asyhal. Melalui beliau lalu disingkirkan pemikiran kufur di Madinah
3. Saad bin Muadz lantas berbaiah menyerahkan kekuasaan pada Rasulullah dan menjadi pelindung dakwah Rasulullah

 Rasulullah dan para Sahabat HIJRAH ke Madinah (Yatsrib) di mana tertegaknya Daulah Islam yang pertama

• Uslub dakwah: Secara terbuka
• Tempoh dakwah: 10 tahun

Marhalah Istilam al-hukmi (tahapan penerapan syariat Islam)

• Lokasi: Madinah al-Munawwarah
• Aktiviti:
- Menerapkan seluruh hukum Islam dalam Daulah Islam
- Membangun masjid
- Membina ukhuwah Islamiyah
- Membuat perjanjian (piagam Madinah)
- Menyusun strategi politik dan ketenteraan

Selepas hijrah, ternyata cahaya Islam dapat disebarkan ke seluruh penjuru alam sehingga melebar luas ke 2/3 dunia.

كَانَ الْمُؤْمِنُونَ يَفِرُّ أَحَدُهُمْ بِدِينِهِ إِلَى اللهِ تَعَالَى وَإِلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَخَافَةَ أَنْ يُفْتَنَ عَلَيْهِ فَأَمَّا الْيَوْمَ فَقَدْ أَظْهَرَ اللهُ اْلإِسْلاَمَ وَالْيَوْمَ يَعْبُدُ رَبَّهُ حَيْثُ شَاءَ

Diriwayatkan oleh Aisyah RA, “Dahulu ada orang Mukmin yang lari membawa agamanya kepada Allah dan Rasul-Nya kerana takut difitnah. Adapun sekarang (baca: setelah hijrah) Allah SWT benar-benar telah memenangkan Islam dan seorang Mukmin dapat beribadah kepada Allah SWT sesuka dia.” [HR al-Bukhari].


Rujukan:
1. Bagaimana Membangun Kembali Negara Khilafah. Pustaka Thariqul Izzah. 2004. hal. 117-141.
2. Sirah Nabi Perjalanan Hidup Insan Agung Dari Kelahiran Hingga Saat Terakhir, Ar-Rahiq al-Makhtum. Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri. Kemilau Publika. 2013.

Sumber keluaran: FIKRATUL UMMAH Edisi September-Oktober 2016 [Bil. 80]


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment