Ilmu Berbahaya Jika Tidak Mengubah Akhlak

Ibu Sufyan Ats Tsauri merupakan salah seorang daripada wanita-wanita agung yang solehah. Si ibu pernah berkata kepada puteranya, "Wahai anakku, carilah ilmu, aku akan mencukupimu dengan hasil tenunanku."

Si ibu juga berpesan, "Wahai puteraku, jika engkau telah mencatat sepuluh huruf maka lihatlah dirimu, apakah itu merubah cara jalanmu, keadaanmu, kelembutanmu serta ketenanganmu. Jika engkau tidak melihatnya, maka ketahuilah, bahawa itu membahayakan buatmu dan tidak memberikan manfaat bagimu." (Al Kawakib Ad Durriyah, 1/231)

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment