Pentingnya Mengetahui Hukum Syarak.

Mengetahui hukum syarak yang menjadi pegangan kepada seseorang Muslim dalam kehidupannya adalah fardu ain atas setiap Muslim. Hal ini kerana setiap Muslim diperintahkan untuk melaksanakan pelbagai aktivitinya sesuai dengan hukum-hukum syarak.

Ini merupakan Khtihabut Taklif (seruan berisi beban) yang diserukan oleh Asy Syari’ (Allah & RasulNya) terhadap manusia dan kepada orang-orang Mukmin.

Ini adalah seruan yang jazm (tegas) yang tiada pilihan lain bagi sesiapa pun baik ia berkenaan dengan pengetahuan terhadap hal-hal yang berkaitan dengan keimanan atau yang berkaitan dengan amal perbuatan manusia.

[Daripada Kitab Asy Syakhshiyyah al Islamiyyah Juz 2, karya Asy Syaikh Taqiyuddin an Nabhani]


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment