Program Santai Ukhwah 2 (SEPTEMBER)

11 September 2016 (Sabtu), Shah Alam - Sempena Eidul Adha yang bakal menjelang, Santai Ukhwah kali ini mengangkat tajuk ’Berkorban Demi Cinta’ untuk dibincangkan bersama para hadirat.

Perkongsian kali ini di terajui oleh Ustazah Sakinah (Aktivis MHTM). Berkorban sangat sinonim dengan Eidul Adha yang sering juga disebut sebagai Hari Raya Korban. Ustazah Sakinah terlebih dahulu menjelaskan pengertian korban iaitu kesanggupan seseorang melepaskan sesuatu yang disayangi untuk manfaat kepada orang lain. Beliau turut berkongsi kisah pengorbanan seorang Khalilullah iaitu Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan cinta-cintanya yang lain demi perintah Allah SAW yang memerintahnya menyembelih anak yang sangat dikasihinya. Itulah cinta agung seorang hamba terhadap Penciptanya. Umat Islam perlu mencontohi kisah pengorbanan nabi Ibrahim dan keluarganya dengan menjadikan cinta kepada Allah sebagai cinta agung dan keutamaan tertinggi di dalam hidup ini.

Sesungguhnya kita tidak akan rugi sekiranya meletakkan Allah dan Rasul sebagai keutamaan di dalam kehidupan. Betapa ramai yang mengatakan cinta kepada Allah, namun sedikit yang sanggup berkorban yang terbaik untukNya dan agamaNya. Semoga kita menjadi hambaNya yang ‘TAAT TANPA TAPI, BERKORBAN TANPA NANTI’.








SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment