Seminar Kesatuan Hijrah: Celik Syariah Tegak Khilafah di KL

25 September 2016 (Ahad), Kuala Lumpur - Sempena Roadshow Kempen Kesatuan Hijrah: Celik Syariah Tegak Khilafah yang sedang berlangsung, Khilafah Centre dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) Kuala Lumpur telah menganjurkan Seminar Muslimah bertajuk ”Penyatuan dan Pengorbanan Menuju Perubahan Hakiki”.


Seminar kali ini menampilkan dua orang ahli panel iaitu Dr Izzah Ibrahim (Ketua MHTM Kuala Lumpur) dan Ustazah Ummu Maryam (Ketua MHTM Shah Alam).

Pembentang pertama, Dr Izzah telah menjelaskan perihal Haji dan Hijrah daripada perspektif syarak dan makna tersirat Pengorbanan, Penyatuan dan Persaudaraan dalam ibadah Haji dan peristiwa Hijrah Rasulullah SAW. Beliau juga memberi gambaran kepada peserta berkenaan realiti umat Islam masa kini dalam memahami konsep hijrah serta paparan keadaan terpuruk umat yang memerlukan penghijrahan hakiki.


Dalam pembentangan kedua, Ustazah Ummu Maryam menjelaskan bahawa individu, masyarakat dan negara mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam merealisasikan makna hijrah yang hakiki iaitu hijrah secara keseluruhan daripada sistem kufur kepada sistem hidup Islam.

Dalam sesi interaktif selepas kedua-dua pembentangan, peserta seminar memberikan respon yang amat positif dengan soalan-soalan berkaitan. Ini jelas menunjukkan Muslimah memahami isi-isi yang dibincangkan oleh ahli panel dan mereka benar-benar ingin mengetahui dan ingin menjadi Muslimah yang memahami konsep hijrah yang hakiki. Cenderahati turut disediakan untuk para peserta yang terlibat dalam sesi ini.

Para peserta diseru untuk memainkan peranannya dalam mencapai perubahan yang hakiki dengan bersatu bersama kelompok dakwah untuk berusaha menegakkan Daulah Islam yang kedua.



Selain itu, tayangan video dan pameran tentang Hijrah Rasulullah serta sejarah berkaitan kegemilangan para Muslimah di zaman kegemilangan Islam turut di sediakan.

MHTM KL merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment