Tazkirah Mengenai Uqdatul Qubra di Sandakan

3 September 2016 (Sabtu), Sandakan - Tazkirah Muslimah yang bertajuk "Uqdatul Kubra" telah disampaikan oleh Puan Syamsiyah Jamil (Pimpinan Pusat MHTM). Beliau menjelaskan tentang tiga persoalan mendasar dalam kehidupan manusia iaitu dari mana manusia dan kehidupan ini bermula, apakah tujuan manusia dan kehidupan ini diciptakan dan ke mana manusia dan kehidupan ini selepas ini. Jika tiga persoalan ini dijawab dengan benar iaitu semuanya datang dari Allah, diciptakan untuk beribadah pada Allah dan akan kembali kepada Allah, maka seluruh aspek kehidupan manusia itu akan diatur sesuai dengan perintah dan larangan Allah dan tujuannya untuk meraih redha Allah semata. Tazkirah terus menjadi menarik dengan sesi berbalas pandangan dan soalan daripada peserta.




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment