Tazkirah Muslimah bersama Ustazah Ummu Najahah

31 Ogos 2016 (Rabu), Kampar - Tazkirah Muslimah yang disampaikan oleh tetamu undangan dari Kuala Lumpur, Ustazah Ummu Najahah (Ketua Lajnah Mubalighah, MHTM). Ustazah Ummu Najaha telah menerangkan kepada Muslimah yang hadir berkenaan dengan bendera yang sering digunakan ketika Daulah Khilafah iaitu Al Liwa' dan Ar Rayah.



Al Liwa' (bendera) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna hitam.Kalimah tersebut bermaksud 'Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulnya'.


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Muhammad SAW berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafaz, "Bahawa pada bendera Nabi Muhammad SAW tertulis kalimat ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.


Ar Rayah (panji) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’ dengan warna putih."

Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Nabi Muhammad SAW, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan RasulNya, serta dicintai oleh Allah dan RasulNya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.


MHTM Cawangan Ipoh mengucapkan ribuan terima kasih di atas undangan daripada Kumpulan Marhaban Muslimah Kampar.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment