Ziarah ke Pejabat-Pejabat Media Utama Malaysia

Ogos-September 2016 - Perwakilan Lajnah I'lamiyyah Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia telah berkunjung ziarah ke pejabat-pejabat media utama Malaysia di bahagian Kuala Lumpur dan Selangor. Kunjungan ini bertujuan untuk mengajak rakan media bertabayyun dengan MHTM dan untuk menjernihkan salahfaham dalam fatwa kedudukan Hizbut Tahrir Malaysia yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Alhamdulillah pertemuan berjaya diadakan dalam keadaan yang harmoni dan positif. Selain itu, perjumpaan tersebut juga dilakukan atas dasar silah ukhuwah sesama saudara muslim.


Di kesempatan ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan jazakumullahu khairan kathiran kepada rakan-rakan media tempatan atas kesempatan yang diberikan, sama ada yang berpeluang untuk bersua muka, atau berhubung melalui sarana lain. Besar harapan kami agar pertemuan ini menjadi titik tolak untuk rakan-rakan media mengenal perjuangan Hizbut Tahrir dalam menegakkan Islam kaffah dengan syariah dan Khilafah ‘ala minhaj Nubuwwah dengan lebih dekat dan benar.


Semoga para journalis dan insan media sentiasa ingat bahawa kerjaya ini merupakan amanah daripada Allah swt untuk turut sama terlibat dalam menyebarkan kebenaran Islam ke tengah-tengah masyarakat. Sekaligus turut menjadikan sarana media sebagai tonggak perubahan menuju kehidupan Islam kaffah. Mudah-mudahan Allah memelihara silaturrahim kita dan menjauhkan kita semua dari fitnah dan buhtaan yang merosakkan kesatuan umat.

Walllahu’alam.














SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment