Aktiviti Politik Dakwah Rasulullah SAW

Dengan pengamatan yang jernih terhadap sirah Rasulullah SAW, kita akan mendapati bahawa Baginda telah menjalankan dakwah melalui tiga tahapan berturut-turut.

Tahapan pertama adalah tahap pembinaan dan pengkaderan iaitu pembinaan pemikiran dan ruh. Tahapan kedua adalah tahap penyebaran dakwah ke tengah-tengah masyarakat secara terang-terangan dan melakukan usaha perjuangan membentuk sistem masyarakat. Tahapan ketiga adalah tahap meraih kekuasaan untuk menerapkan sistem Islam.


Ketiga-tiga metod tahapan dakwah tersebut juga diambil oleh Hizbut Tahrir sebagai jemaah dakwah yang terus memperjuangkan penerapan kembali Syariah Islam secara kaffah dalam institusi Daulah Khilafah. Sehingga saat ini, Hizbut Tahrir telah berhasil mencapai tahap kedua dalam dakwahnya.
Pergolakan Pemikiran

Tahap kedua ini merupakan bentuk daripada dakwah zhahriyah kerana pada tahap ini Rasulullah SAW dan para sahabatnya melakukan dakwah secara terbuka kepada seluruh masyarakat Jazirah Arab.

Banyak nas-nas al-Quran mahupun perbuatan Rasulullah SAW yang menunjukkan adanya pergolakan pemikiran (sira’ul fikri) dalam tahapan ini. Bermula daripada pertentangan terhadap akidah, ideologi, peraturan sehingga kepada pertentangan terhadap idea-idea keliru dan pemahaman bercelaru yang berakar umbi di tengah-tengah masyarakat. Tujuannya semata-mata demi menyelamatkan masyarakat daripada idea-idea keliru dan pemahaman bercelaru tersebut serta menyelamatkan daripada pengaruh dan kesan buruknya. Antaranya, Rasulullah SAW menyampaikan firman Allah SWT,

"Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah adalah umpan neraka jahanam" [TMQ aI-Anbiya(21):98].

Terhadap orang-orang yang curang dalam sukatan dan timbangan Rasulullah SAW menyampaikan,
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan )” [TMQ al-Muthaffifîn (83): 1].

Pergolakan pemikiran yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat menghasilkan reaksi yang amat dasyat di kalangan kaum Musyrikin. Seksaan dan penganiayaan datang bertubi-tubi sebagai bentuk ujian atas kualiti keimanan dan ketakwaan kaum Muslimin dalam memperjuangkan perintah Allah SWT.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment