Apabila Tengkorak Pejuang Revolusi Algeria Diletakkan di Muzium Perancis!

Agensi berita “France24”, edisi 28/9/2016 menerbitkan berita bahawa lebih daripada 18 ribu tengkorak diawetkan dalam Muzium Manusia di Paris. 500 daripadanya telah dikenalpasti, termasuk 36 pemimpin penentangan Algeria, di mana mereka telah dibunuh dan kemudian kepalanya dipancung oleh tentera penjajah Perancis pada pertengahan abad kesembilan belas. Seterusnya, tengkorak-tengkorak tersebut dipindahkan ke ibu negara Perancis untuk motif politik dan antropologi.

Antara pemimpin yang tengkoraknya diawetkan di muzium ini adalah Cherif Boubeghla, yang mengetuai perjuangan menentang kuasa penjajah di wilayah Kabylia (pusat Algeria) pada awal tahun 1850, dan Sheikh Bouziane pemimpin revolusi Zaatecha pada tahun 1849.


Menurut agensi tersebut, memandangkan adanya kontroversi tentang tengkorak-tengkorak yang merupakan sebahagian dari sejarah Algeria, maka tengkorak-tengkorak itu telah diasingkan di dalam almari yang jauh dari pandangan orang ramai, kerana takut kewujudannya menimbulkan perdebatan baru antara Algeria dan Perancis semasa era penjajahan dan beberapa arkib yang dikaitkan dengannya, maka kewujudan tengkorak-tengkorak tersebut dirahsiakan sehingga Mac 2011 selepas pelbagai gerakan oleh penyelidik Algeria, Ali Farid Belkadhi.

*** *** ***
Ini adalah salah satu jenayah Perancis yang mendakwa demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia, berkaitan hak rakyat Algeria yang negaranya telah dijajah selama 132 tahun, di mana berjuta-juta mereka telah dibunuh, dan beratus-ratus ribu telah lari dari negara itu. Perancis juga melakukan pembunuhan yang dahsyat terhadap rakyat Algeria, termasuk pembunuhan beramai-ramai dua-pertiga dari penduduk kota Laghouat pada tahun 1852, mereka dibakar dengan api dalam satu malam. Juga, melakukan 17 ujian nuklear di Algeria yang meragut nyawa puluhan ribu. Antara jenayahnya juga, apabila Perancis meninggalkan Algeria, dia menanam periuk api yang jumlahnya lebih banyak dari penduduk Algeria, serta pelbagai jenayah lain di mana tidak cukup ruang untuk menyebutnya.

Sekurang-kurangnya, yang boleh dikatakan berkaitan dengan penangkapan beberapa tengkorak pejuang Algeria, bahawa ia adalah jenayah kejam yang menunjukkan kekejaman negara penjajah ini, serta kebencian dan permusuhannya kepada Islam dan umat Islam: Mereka bukan hanya membunuh para pejuang, tetapi juga memutilasi dan memenggal kepalanya, kemudian mengawetkannya untuk kenangan di muzium sebagai harta rampasan perang dan simbol kemenangan! Mereka tidak menghormati kesucian umat Islam, tidak ketika hidup dan tidak juga selepas matinya. Ahli sejarah Perancis, Pascal Blonchar berkata dalam satu wawancara dengan Channel France24, yang penting berkaitan urusan Algeria, bahawa tengkorak-tengkorak ini sampai di Perancis kerana dihantar oleh tentara penjajah sebagai tanda kemenangan ke atas tentera pejuang, tetapi kemudian telah berubah menjadi bahan ilmiah yang menarik ramai ilmuwan Antropologi, serta adanya alasan lain bahawa para pemimpin penentangan kepalanya dipenggal untuk digantung di bandar-bandar dan dataran awam sebagai mesej kepada rakyat Algeria yang bermaksud “Kami telah membunuh pemimpin kamu”.

Sejarah Perancis dahulu dan sekarang sangat buruk terhadap umat Islam, di mana tangannya berlumuran darah umat Islam di Algeria, Tunisia, Chad, Maghribi, Mauritania, Senegal, Iraq, Syam (Syria), Afrika Tengah dan negara-negara lain, apatah lagi usahanya yang terus menyusahkan umat Islam yang tinggal di negaranya, seperti larangan memakai jilbab dan niqab, di bawah slogan memerangi (ekstremisme dan terorisme)! Persoalannya, tentang terorisme dan ekstremisme mana yang mereka bicarakan, sementara mereka sendiri yang melakukannya?!

Sesungguhnya Perancis tidak akan berani untuk melakukan semua jenayah seperti ini di negara-negara umat Islam, seandainya bukan kerana sikap para penguasa naif dan lemah, di mana tuntutan maksimum penguasa Algeria terhadap Perancis adalah pengiktirafan ke atas jenayahnya dan meminta maaf! Adakah ini cukup untuk membalas dengan cara yang setimpal kepada darah umat Islam yang ditumpahkan oleh negara penjajah ini?! Adakah ini cara untuk membalas para pahlawan yang telah mengorbankan hidupnya demi membela negara-negara umat Islam dan memerangi para penjajah?!

Perancis setakat ini selamat dari hukuman, maka itulah seburuk-buruk sopan santun. Perancis menduduki negara kita, merampas kekayaan kita, membunuh anak-anak kita, dan merosakkan kehormatan kaum wanita kita, serta merendahkan kesucian mayat kita, juga menghina Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa semua ini berlaku? Penyebabnya adalah kerana junnah (perisai) dan Khalifah umat Islam tidak ada, dan negaranya runtuh. Tetapi kami amat gembira dengan janji Tuhan kami dan busyra (khabar gembira) dari Rasulullah SAW bahawa Khilafah Rasyidah kedua ‘ala minhājin nubuwah akan kembali lagi, dan ketika itulah Perancis akan memperoleh balasan setimpal ke atas jenayahnya dengan apa yang belum pernah dilihat dan didengar. Kami memohon kepada Allah SWT agar kenyataan itu segera terwujud.

Oleh: Bara’ah Munashirah
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment