Forum Kempen Kesatuan Hijrah di Sandakan

16 Oktober 2016 (Ahad), Sandakan - Sebuah forum anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Sandakan sempena Roadshow Kempen Kesatuan Hijrah: Celik Syariah Tegak Khilafah telah berjaya diadakan di Hotel S'dkn Stlyes. Forum ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para Muslimah.


Forum ini dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Ukhti Syahadah yang membacakan surah An-Nisa ayat 97-100 dan terjemahan oleh Ummu Sayyida Nafisah. Forum kemudian diteruskan dengan menampilkan dua ahli panel iaitu Dr Insyirah Amer (Aktivitis MHTM), Ustazah Syamsiyah Jamil (Pimpinan Pusat MHTM) dan Ustazah Ummu Huda (Ketua MHTM Labuan) sebagai moderator.


Ahli panel memberikan penjelasan tentang kesan kepentingan hijrah iaitu dapat menyatukan umat sehingga berjaya mengubah pola hidup masyarakat dengan penerapan hukum syarak secara kaffah. Penerapan Islam secara kaffah (menyeluruh) tidak dapat dilaksanakan hanya pada peringkat individu atau sekelompok masyarakat sahaja tetapi perlu dilaksanakan dalam bingkai Negara Khilafah Islamiyyah.


Semasa sesi rehat, para tetamu menonton tayangan video tentang Perjuangan Muslimah Hizbut Tahrir di seluruh dunia dan ada dalam kalangan peserta yang mengambil sedikit masa untuk mendengar penerangan daripada AJK bertugas tentang bunting bertajuk Fahami Hijrah Rasulullah (FAJAR), Islam, Hijab Syarie dan Kenali Bendera Rasulullah SAW (KIBAR) dan pameran tentang Thariqah Dakwah Rasulullah SAW. 


Sesi kemuncak forum adalah kesimpulan dan seruan oleh Ustazah Syamsiyah Jamil. Muslimah yang hadir turut diberi peluang untuk berinteraksi semasa sesi soal jawab.


Forum diakhiri dengan bacaan doa oleh Ukhti Syahadah yang meruntun serta menyentuh jiwa para peserta. Sebelum bersurai, sebahagian peserta telah merakamkan gambar beramai-ramai tanda menyokong kempen yang diadakan oleh pihak MHTM. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua peserta yang hadir.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment