Kempen Kesatuan Hijrah di Kunak

16 Oktober 2016 (Ahad), Kunak - MHTM Cawangan Tawau meneruskan Kempen Kesatuan Hijrah: Celik Syariah Tegak Khilafah dengan melakukan kembara di sekitar bandar Kunak. Kembara dimulakan dengan Open Circle di Masjid Kunak yang disampaikan oleh Dr. Ummu Sumayyah (Pimpinan Pusat MHTM) yang bertajuk "Kesatuan Hijrah : Kenapa Kita Perlu Berhijrah?"

Kemudian, para aktivis MHTM bergerak ke Pasar Kunak menyampaikan Sautun Nahdhah dan Nahdhah Fikriyyah yang dikeluarkan sempena kempen. Risalah yang diedarkan kepada pengunjung dan peniaga di pasar Kunak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment