Kempen Kesatuan Hijrah di Setia City Mall, Setia Alam

16 Oktober 2016 (Ahad), Shah Alam - Kempen Kesatuan Hijrah: Celik Syariah Tegak Khilafah diteruskan lagi di Setia City Mall, Setia Alam. Aktivis MHTM mengambil peluang menjalinkan ukhwah sambil memberikan penjelasan ringkas mengenai peristiwa Hijrah dan kaitannya dengan umat Islam masa kini bersama pengunjung-pengunjung yang membanjiri padang Setia City Mall tersebut. Disamping itu pengunjung turut berpeluang menjawab soalan kuiz Hijrah dan mendapat hadiah saguhati istimewa daripada MHTM.

MHTM cawangan Shah Alam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengunjung yang telah memberikan sambutan dan kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan kempen kali ini. Semoga Tahun Baru Hijrah kali ini membawa momentum besar untuk perubahan umat Islam. Dengan izan Allah, Khilafah Rasyidah Ala Minhajin Nubuwwah pasti akan tegak kembali.






SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment