Kisah Ibnu Jarir Ath-Thabari

Pernah mendengar nama Ibnu Jarir Ath-Thabari? Dikalangan para aktivis dakwah, tentu nama ini insyaAllah tidak asing lagi. Tafsir ath-Thabari adalah salah satu tafsir rujukan kaum muslimin yang sangat mahsyur dan diyakini kredibilitinya. 


Tahukah saudariku semua tentang profil Ibnu Jarir Ath-Thabari ini? Beliau adalah seorang Intelektual Sejati (Ulul albab) juga seorang Muslim Negarawan. Tiada hari dalam hidupnya dia melewatkan untuk tidak membaca, menganalisis, dan menulis buah fikirannya sebagai sebuah kisah hidup yang hingga sekarang kita dapat nikmati dan rasakannya. Meskipun karya beliau ini ditulis 1100 tahun yang lalu.

Dalam kitab Qimatu az-Zaman 'indal 'Ulamaa Karya Syeikh Abdul Fattah, yang dinukil dari Kitab seorang muridnya (Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Ja'far al-Farghawi) yakni Kitab Ash-Shilah ; dinyatakan bahawa, "...ada sebahagian murid Ibnu Jarir semenjak menginjak usia baligh hingga beliau wafat pada usia 86 tahun, telah mencuba merangkum apa yang ditulis oleh Ibnu Jarir. Akhirnya diketahui bahawa beliau menulis lebih kurang 14 helaian kertas setiap hari. Dalam kurun usia 86 tahun tersebut (tolak usia sebelum baligh dalam anggaran 14 tahun, bererti 72 tahun), jumlah tulisan Ibnu Jarir adalah sebanyak 358,000 helai...."

MasyaAllah.. Sesungguhnya pencapaian ini hanya mampu dilakukan oleh seseorang yang dalam hidupnya memiliki perhatian besar terhadap umat Muhammad saw, kerana kecintaan dan ketaatannya yang sangat dalam kepada Allah & Rasulullah SAW sehingga dia begitu tekad untuk memanfaatkan karyanya demi masa depan umat ini.

Wallahua’lam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment