Mengoptimumkan Media sosial Untuk Pendapat (Opini) Ideologi

Tema: Misi Penggerak Pendapat 

Pembicara:
1. Rezkiana Rahmayanti Purnama Dewi Chandra, S.P. (Penyelaras Media Sosial MHTI)
2. Fika M. Komara, M.Si (Pengasas Gerakan Muslimah Negarawan)

Pengantar #1 Rezkiana Rahmayanti Purnama Dewi Chandra, S.P 

Islam sebagai sebuah Ideologi, pandangannya perlu disebarkan secara besar-besaran. Sebab : 

1. Islam sebagai agama yang di redhai Allah [TMQ: Ali Imran:19] dan agama yang dimenangkan di atas agama yang lain [TMQ: At-Taubah:33]. Islam datang untuk membawa Rahmat bagi Seluruh Alam Semesta [TMQ Al-Anbiya:107 ] dan kewajipan untuk menerapkan Islam secara Kaffah [TMQ: 2:208]. Umat Islam juga telah disebut sebagai “Khaira Ummah” [TMQ:3:110]. Semua yang dinyatakan di atas termaktub di dalam al-Quran dan telah menjadi bukti nyata bahawa selama lebih kurang 13 abad lamanya ia mampu menjadi negara SUPER POWER yang diakui oleh Belahan Dunia dari Barat hingga ke Timur dan dari Utara hingga ke Selatan. 

2. Islam mengatur semua urusan manusia baik yang berada dalam negara dan luar negara berasaskan Islam. 


3. Hakikat Islam sebagai Ideologi bukan sahaja menjadikan Islam diambil untuk kepuasan individu atau masyarakat tertentu. Islam perlu difahami melalui proses berfikir yang benar, diamalkan bukan untuk kepuasan intelektual atau perasaan dan Islam perlu disebarluaskan ke seluruh dunia supaya semua manusia mendapat hak-hak mereka untuk memperoleh hakikat kebenaran dan memperoleh hak-hak mereka berupa keadilan, kesejahteraan, keselamatan dan ketenteraman. 

4. Namun, realiti hari ini di depan mata sejak tahun 1924, Peradaban Islam di bawah naungan Institusi Khilafah telah diruntuhkan, umat Islam termasuk muslimah masuk dalam lembah penderitaan, mengalami ketidakadilan, diskriminasi sekalipun di negara majoriti apatah lagi di negara minoriti. Mereka semakin tiada tempat untuk mendapatkan hak-hak mereka . 

Mengapa kita perlu menggunakan media sosial: 

1. Definisi media sosial: Sebuah media online, di mana penggunanya boleh menyertai dengan mudah, berkongsi, dan mencipta kandungan termasuk blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia maya.
2. Media sosial hari ini adalah sangat penting, memandangkan fakta bahawa hari ini media sosial telah menjadi salah satu daya penggerak utama di sebalik pergolakan-pergolakan politik di belahan bumi termasuk negara kita terutamanya ketika pilihan raya, kekuatan media sosial semakin diambil kira dan menentukan dalam “meramalkan kemenangan”. 

3. Pergerakan pendapat media sosial tidak terhad atau tersekat oleh garis sempadan, ditambah lagi kerana sifat semulajadinya yang amat sukar untuk dikawal atau dilarang. 

4. Keberkesanan media sosial adalah bahawa ia secara langsung menjangkau kelompok/strata berpendidikan dan berpengaruh di tengah-tengah umat. Dengan sekeping gambar yang mudah, video atau kenyataan ringkas, hanya dengan menekan satu butang, capaian kepada satu mesej dapat benar-benar menjadi viral sehingga mencapai ribuan, malah jutaan orang di seluruh dunia dalam tempoh masa yang amat singkat. 

5. Pengguna media sosial menurut data terkini dari We Are Social, pengguna internet aktif di seluruh dunia kini telah mencapai jumlah 3.17 bilion. Dari tahun ke tahun, bilangan pengguna internet meningkat sehingga 7.6 peratus. Pengguna media sosial yang aktif kini telah mencapai 2.2 bilion, manakala pengguna telefon bimbit mencapai 3.7 bilion. Facebook masih menjadi media sosial yang paling banyak digunakan dengan angka mencapai hampir 1.5 bilion. (https://id.techinasia.com/talk/statistik-penggunainternet-dan-media-sosial-terbaru-2015) Media hari ini termasuk media sosial telah menjadi sebuah empayar yang dikuasai oleh kapitalisme. Media hari ini terbukti memusuhi Islam dan umat Islam, kerana media arus perdana kini berkhidmat kepada kapitalisme. 

6. Umat Islam telah dipengaruhi oleh ideologi Kapitalisme yang memusuhi Islam. Melalui media sosial, musuh Islam meniupkan keraguan tentang Islam bahkan melemparkan peluru-peluru kebencian kepada Islam baik sasarannya muslim mahupun non muslim (Islamophobia). Sebaliknya mereka memaparkan Kapitalisme, Liberalisme, Sekulerisme dan Demokrasi sebagai Baju Pengganti yang membius sehingga menghilangkan kejernihan akal dan membutakan perasaan dan pada akhirnya tingkah laku manusia sudah menyeleweng daripada fitrahnya sebagai makhluk yang mulia menjadi makhluk yang lebih rendah daripada haiwan. 

Inilah medan aktiviti yang perlu dioptimumkan untuk menyebarluaskan ideologi Islam melalui media sosial (terutama bagi rakan-rakan yang mempunyai peluang dan keupayaan untuk mengakses dengan pelbagai aplikasinya, sama ada Fb, Googleplus, Instagram, Twitter, WhatsApp, dan lain-lain). Jadikan media sosial sebagai tempat untuk mengasah kemampuan membina kesedaran politik umat terhadap Islam sebagai ideologi. Membina “pendapat umum yang melahirkan kesedaran” bahawa umat hari ini memerlukan Islam sebagai ideologi dan meninggalkan ideologi yang rosak dan merosakkan (Kapitalisme, Sosialisme). 

Pengenalan #2 Fika M. Komara, M.Si 

Selain dorongan kewajipan sebagai Muslimah untuk berdakwah, ada peluang yang terbuka luas untuk kita sebagai ladang pahala dalam memanfaatkan media sosial. Sejak dari awal kita perlu meletakkan diri sebagai SUBJEK bukan sekadar OBJEK dari raksasa digital seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Mereka memang mensasarkan kita sebagai pasaran. Tetapi ia perlu dan sepatutnya kita manfaatkan SEMULA untuk kepentingan DAKWAH ISLAM. 

Kerana kita berkedudukan sebagai SUBJEK sudah pasti penting untuk dapat mengolah naratif dari pendapat sendiri, bukan sekadar copy paste dan share. Dalam buku Menjadi Muslimah Negarawan dikatakan : Membuat naratif sendiri adalah penting kerana ia berkaitan dengan kemampuan untuk mengeluarkan perspektif sendiri dalam merespon berita yang menimpa umat. Ini memerlukan kapasiti dan latihan tersendiri. 

Hermawan Kertajaya malah pernah berkata bahawa YOUTH, WOMEN and NETIZEN adalah penggerak dan pemberi pengaruh utama hari ini. Walaupun dalam konteks pemasaran, ia menunjukkan bahawa kedudukan kita sebagai PELAKU dan PENGGERAK PENDAPAT di media sosial sangat strategik. 

Dengan menulis naratif sendiri juga akan terus mengasah kepekaan dan kesedaran politik kita, sudut pandang kita menjadi hidup kerana tsaqafah kita PLUG IN (bertemu) dengan realitinya. Naratif yang ditulis dari kekuatan pemikiran dan perspektif Islam yang diikat dengan wawasan berita dari seluruh penjuru dunia Islam, mempunyai kekuatan tersendiri dalam membuka mata umat dan menggerakkan kesedaran mereka. Malah kini ditambah pula dengan kekuatan dakwah visual juga.

Sesi Perbincangan 

1. Berkaitan dengan muslimah yang belum pandai menulis, adakah usaha menyebar pendapat dengan like dan share kurang diperkenankan? 

Jawapan: Sudah tentu diperkenankan malah digalakkan untuk menyebarkan jika pendapat itu baik dan berasal dari seseorang yang diyakini atau jamaah dakwah yang dipercayai. Poin mengolah naratif yang dimaksudkan di sini adalah kita perlu mempunyai target serius untuk melatih diri mengeluarkan perspektif kita secara mandiri. Berorientasikan proses bukan hasil. Jangan takut salah. Jika belum pandai menulis, boleh diterjemahkan ke dalam bentuk visual (jika mempunyai kemahiran mereka bentuk grafik) atau audio (rakaman) dan video. Naratif sentiasa menemui MEDIUMNYA. Tidak perlu ditulis dan target ini memang memerlukan proses, berani melaluinya, menikmati dan menghargai setiap prosesnya. (Fika M.Komara) 

2. Secara peribadi keinginan untuk berdakwah melalui media sosial sangat kuat, cuma kadangkala dihambat oleh keraguan tentang kualiti tulisan, penyelesaian yang dangkal, fakta yang tidak tepat, dan lain-lain, jadi, bagaimana untuk memulakannya? 

Jawapan : Mengolah naratif yang saya maksudkan di sini adalah kita perlu secara serius mempunyai target melatih diri mengeluarkan perspektif kita secara mandiri. Berorientasikan proses bukan hasil. Jangan takut salah. Jika belum pandai menulis, boleh diterjemahkan ke dalam bentuk visual (jika mempunyai kemahiran mereka bentuk grafik) atau audio (rakaman) dan video. Naratif sentiasa menemui MEDIUMNYA. Tidak perlu ditulis dan target ini memang memerlukan proses, berani melaluinya, menikmati dan menghargai setiap prosesnya. (Fika M.Komara) 

3. Mungkin ini alasan klise ya, perkara yang menyebabkan muslimah kurang maksimum memanfaatkan dakwah di media sosial termasuk: kesibukan di rumah, anak-anak, pekerjaan dan lain-lain. Akhirnya hanya menonton sahaja. Bagaimana menyelesaikannya? 

Jawapan : Anggapan bahawa terlibat aktif dalam dakwah media sosial terkekang oleh kesibukan di rumah, anak, pekerjaan dan lain-lain adalah masalah besar yang perlu ditepis. Aktif berdakwah di media sosial tidak perlu sehingga 24 jam, tetapi disusun mengikut kesanggupan dan adanya peluang. Memang bergerak di media sosial memerlukan pengurusan dan dorongan yang kuat untuk mengejar pahala dan kemenangan Islam. 

Sediakan masa secara rutin dan kekerapan harian yang kita miliki. Jika pada awalnya menjadi pemerhati, like dan share. Hadkan berapa lama target untuk menjadi "orang yang menonton"? Tingkatkan kualiti pemerhati kepada keinginan untuk mengulas topik yang kita kuasai (ini memerlukan aktiviti mengikuti berita/peristiwa/kejadian secara gigih) pada mesej di status fb atau akaun individu yang memiliki sudut pandang Islam yang khusus. Setelah terbiasa memberi ulasan secara pemikiran maka tingkatkan keberanian membuat status mandiri di akaun peribadi. 

Saya bersetuju dengan Puan Fika, kemandirian mengolah naratif perlu dimulakan dengan keberanian berpendapat (boleh berbentuk lisan, tulisan atau visual) atau ulasan ringkas. Jangan sesekali menuntut kesempurnaan jika belum pernah mencuba. Ada respon positif atau negatif adalah rotan untuk menilai diri dan meningkatkan kemampuan. 

Jangan menunggu masa senggang dan sedang ada "mood". Muslimah negarawan memiliki keprihatinan yang tinggi terhadap umat dan Islam. Tidak ada istilah menunggu peluang bagi seorang ahli politik ulung tetapi dia akan sentiasa mencari peluang untuk selalu menyampaikan Islam ideologi apa jua keadaan dan di mana jua dia berada. (Rezkiana Rahmayanti) 

4. Bagi dakwah media sosial mesti mempunyai keberanian untuk memulakan yang sudah tentu dimulakan dengan kemampuan untuk membezakan fakta dan pendapat. Bagaimana? 

Jawapan: Ia memang memerlukan keseriusan dalam meneliti berita, kerana memang tidak jarang banyak berita bohong (hoax) yang tidak sah (valid) yang ditambah dengan sudut pandang (angle) pemberitaan yang sering menyebelahi pihak tertentu. Adalah penting bagi kita untuk membezakan fakta dan pendapat. Kerana kita sebagai Muslimah yang berkewajipan untuk berdakwah — menyebarkan maklumat SEKALIGUS pemikiran yang benar. Untuk itu, kita perlu melaksanakan prinsip mencari maklumat yang benar dan menyebarkan pemikiran yang benar. 

Ini saya petik dari buku saya : Tahap Pertama: Pengesahan Berita - • Kenal pasti apa medianya (tahap kepakaran, reputasi dan ideologi pemilik media) 

Cari ketepatan berita, jika sudah pasti bemakna berita itu menghampiri sah (bukan bohong). Contoh berita yang pasti: 41 orang anak Papua dilaporkan meninggal dunia, terkena wabak. Hampir semua media nasional melaporkan, secara data pasti maka berita itu sah (bukan bohong). • Memang kaedah menerima berita dalam al-Quran perlu dari orang Mukmin, namun kod etika dan kredibiliti kewartawanan media akhbar juga membuat media-media sekular masih boleh dipercayai dalam melaporkan berita. Walaupun kita perlu sensitif terhadap sudut pandang berita dari pihak-pihak sekular. ini memang memerlukan penyelidikan berita dan terbiasa memerhatikan jenis media. • Faktor adanya agensi berita (news agency) bukan media edaran yang biasa, juga membantu kita untuk mendapat berita yang sah bukan bohong -kerana agensi berita DITUNTUT untuk lebih berkomited dalam melaporkan maklumat yang benar, jika tidak, kredibiliti fungsinya akan runtuh. Ditambah pula kini telah berkembang metod “ketepatan kewartawanan” dalam kalangan media arus perdana yang profesional seperti Kompas yang membangunkan R & D KOMPAS. 

Tahap Kedua : Pengesahan Pemikiran 
• Kesahan Maklumat TIDAK MENJAMIN bahawa pemikiran yang terkandung adalah benar, maka adalah penting bagi kita untuk mengesan pemikiran yang salah dari berita adalah melalui ANGLE BERITA yang dibuat oleh lembaga editorial/editor mereka yang sangat dipengaruhi oleh ideologi dan kepentingan pemilik media. • Buang angle yang mereka gunakan, ganti dengan angle yang diolah dari sudut pandang Islam • Berhati-hati dengan stereotaip yang membahayakan umat Islam, media Barat sering melakukan pelabelan pada umat Islam, seperti label teroris, radikal, ekstrem dan sebagainya. Naratif stereotaip ini perlu dilawan dengan naratif kamu sendiri. (Fika M.Komara) 

Tambahan : Jika berkaitan berita maka cari maklumat tentang sumber maklumat tersebut. Adakah ia termasuk jenis media yang jujur atau ada kepentingan dalam membentangkan fakta. (Rezkiana Rahmayanti) 

5. Adakalanya kita sedar bahawa kita perlu berusaha menggunakan pelbagai uslub dakwah. Dan yang paling mudah ketika ini adalah dengan menggunakan media sosial. Maksud penggerak pendapat dan pembuat pendapat adakah serupa atau ada sedikit perbezaan? 

Jawapan : Pembuat pendapat adalah bagaimana kita mengolah naratif dari fakta/peristiwa yang perlu ditangani (di mana kesalahannya, mengapa ia berlaku dan apa penyelesaian yang perlu diambil). Pendapat boleh diolah dalam bentuk tulisan mahupun visual yang menarik bermula dari tajuk dan penyampaian pendapat ringkas-jelas-memberi kesan. Sementara penggerak pendapat bukan hanya aspek mengeluarkan, namun juga mempunyai kemampuan kuasa sebaran yang luas dan kuat untuk kemudiannya menjadi viral. Di sinilah nanti boleh dianalisis pendapat ini berjaya kita menangi atau tidak. Kadangkala suatu pendapat tidak terlalu cepat dikeluarkan apabila memang memerlukan ketepatan membaca fakta dan menganalisis. Memberi pendapat secara tergesa-gesa juga tidak tepat. (Rezkiana Rahmayanti) 

Kadang-kadang menggerakkan pendapat memang memerlukan kombinasi dua kekuatan, baik udara mahupun darat. Adanya program besar juga diperlukan, termasuk lawatan ke pejabat media. Tulisan sebagai peluru asas, sudah tentu memerlukan rangkaian strategi lain selain media sosial. (Fika M.Komara) 

6. Di tengah-tengah keadaan media sosial yang dikuasai oleh kapitalisme, saya sendiri sukar untuk menemui data yang sah dan objektif untuk menulis, kemudian untuk penulis pemula, kadangkala kebimbangan untuk melemparkan tulisan dalam media sosial kerana takut analisisnya dan penyelesaiannya tidak sesuai, adakah dalam keadaan seperti ini memang memerlukan"penyunting" sebelum tulisan disiarkan atau cuba jaya (try and error) sahaja ? 

Jawapan: penyunting untuk tahap profesional memang diperlukan, tetapi dalam tahap latihan tidak mutlak diperlukan. Boleh meminta pendapat sahabat atau guru, sebagai contoh. (Fika M.Komara) 

7. Dalam kitab ad-daulah al-islamiyyah (Taqiyudin an-Nabhaniy) dikatakan bahawa satu-satunya cara yang paling berkesan dalam dakwah adalah ittishol (melakukan contact). Bagaimana mengaitkan hal ini dengan misi pembuat dan penggerak pendapat melalui media sosial?

Jawapan: Perlu difahami bahawa media sosial hanyalah wasilah untuk mempercepatkan penyebaran pemikiran dan mengambil sokongan orang ramai walaupun belum boleh dikatakan sebagai satu-satunya kekuatan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Puan Fika pergerakan pendapat di darat (bertemu secara langsung secara personal atau forum) digabungkan dengan di udara (mempercepatkan dan memperluaskan pendapat yang sebelum ini hanya diketahui oleh sebahagian orang) dalam masa beberapa minit boleh menjangkau ratusan, ribuan dan jutaan orang. 

Ittishol yang dimaksudkan adalah interaksi pemikiran. Ini adalah perkara prinsip untuk melakukan perubahan pemikiran. Pada masa Rasulullah memang belum ada media sosial. Namun kewujudan Baginda boleh menjadi buah mulut bukan sahaja di Mekah malah sehingga jauh di luar Mekah. Media sosial dalam keadaan sekarang dijadikan wasilah (media hantaran) untuk berlakunya interaksi pemikiran ideologi secara mudah-singkat-memberi kesan. Seterusnya mendorong untuk boleh sahaja bertemu secara darat untuk mengajak kepada tindakan lebih serius yang boleh dilakukan. (Rezkiana Rahmayanti) 

Kenyataan Penutup: 

Rezkiana Rahmayanti
Sudah tiba masanya kita menghilangkan semua halangan yang memberatkan kita dalam memanfaatkan wasilah media sosial untuk membina pendapat umum tentang Islam ideologi secara besar-besaran sebagai pelengkap aktiviti yang tidak pernah berhenti ketika kita berinteraksi dengan umat di darat. Siapkan semua potensi dan kerahkan sumbangani terbaik untuk menegakkan Islam ideologi dalam bingkai Khilafah ala minhajjin nubuwwah. Allahu Akbar! 

Fika M.Komara
• Gerakkan pendapat dengan pemikiran yang menggerakkan, yang sudah tentu hanya berasal dari Aqidah dan Cara pandang Islam. Pemikiran itu insyaa Allah dengan sendirinya akan menggerakkan kesedaran umat, walaupun pada mulanya hanya berupa tulisan pendapat 

• Dalam menggerakkan pendapat perlu KERJA BERANGKAI dan BERANTAI dari barisan takwa umat Islam. Di mana kita termasuk di dalamnya. Oleh kerana itu saya bersetuju, bahawa diperlukan kemandirian dan sikap pro aktif kita yang secara serius melatih diri dan terus merangkai karya kita dengan barisan takwa. 

• Adakalanya merespon berita itu tidak semestinya perlu VIRAL di media (walaupun yang viral sudah tentu PERLU direspon), tetapi ciptakan headline kita sendiri. Banyak peristiwa umat yang lain yang kurang didengari sebenarnya juga penting untuk direspon, ini penting supaya SUDUT PANDANG ISLAM sentiasa hadir menjawab persoalan umat.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment