Muslim Uighur Dilarang Menyuruh Anaknya Solat

XINJIANG — Ibu bapa mahupun wali yang meminta anak-anaknya melakukan aktiviti ibadah seperti solat akan dilaporkan ke pejabat polis di China. Pemerintah China mengatakan, ibu bapa mahupun wali tidak boleh meminta atau mengatur anak-anak untuk melakukan aktiviti agama.


Berdasarkan peraturan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tarikh 1 November, ibu bapa dilarang untuk mengenalkan agama kepada anak-anak mereka.

Ibu bapa dilarang meminta anak-anak memakai baju agama tertentu. Lelaki dilarang memelihara janggut. Manakala wanita pula dilarang memakai jilbab. Semua larangan pemerintah China ini ditujukan kepada umat Islam.

"Jika ada ibu bapa yang menyuruh anak-anaknya beribadah, masyarakat berhak menghentikan hal itu. Masyarakat juga berhak melaporkan kepada pemerintah," ujar pemerintah China, Selasa, (11/10).

Peraturan pendidikan itu juga melarang aktiviti agama apapun di sekolah. Jika ibu bapa tidak mampu melakukannya, maka anak-anak mereka boleh dikirim ke sekolah-sekolah khas untuk mendapatkan pendidikan daripada pemerintah Komunis China.

Suku Uighur yang majoriti beragama Islam mengeluh dengan peraturan pendidikan yang mengerikan tersebut. Mereka dilarang untuk melakukan aktiviti agama dan budayanya.

Sumber: REPUBLIKA

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment