Program Santai Ukhwah 4 (Oktober)

23 Oktober 2016 (Ahad), Shah Alam - Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Shah Alam seperti biasa telah mengadakan Santai Ukhwah di Marwilis Book Cafe, PKNS Shah Alam di mana pada kali ini membawa tajuk PEMUDA HARAPAN UMMAH yang telah disampaikan oleh Pn.Ummu Zahra.





Pn. Ummu Zahra menjelaskan bahawa pemuda-pemudi adalah golongan yang berpotensi besar untuk berdakwah yang pastinya menjadi harapan generasi untuk gagasan perubahan kepada peradaban dan ketamadunan Islam yang gemilang. Pn Ummu Zahra menegaskan bahawa realiti remaja abad XXI Milenium ketika saat ini berada dalam keadaan yang parah dimana ajaran dan cara hidup Islam yang sebenar telah menyimpang jauh dek kerana dibius oleh budaya dan cara hidup barat yang telah memain peranan merosakkan akhlak dan akidah pemuda-pemudi. Golongan ini menjadi fokus utama Barat kerana mereka adalah senjata utama kaum kafir untuk membantu mencapai matlamat mereka untuk merosakkan akhlak dan akidah pejuang-pejuang agama Allah SWT. Firman Allah swt

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚإِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" [TMQ Al-Kahfi (18): 13].



Pn Ummu Zahra mengingatkan bahawa pemuda-pemudi harus segera bersatu dan bergerak untuk melakukan satu perubahan yang benar demi menegakkan Deen Islam yang sebenar. Mereka merupakan obor ditengah masyarakat yang parah dalam kegelapan dan kejahilan ketika ini.



Wallahu'alam



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment