Program Santai Ukhwuah 1 (Oktober)

2 Oktober 2016 (Ahad), Shah Alam - Program Santai Ukhwuah diteruspada lagi, perkongsian kali ini di kendalikan oleh Ustazah Ummu Maryam (Ketua MHTM Cawangan Shah Alam). Tema yang dipilih sempena peristiwa Maal Hijrah ialah ‘Hijrah Demi Cinta’. Diantara objectief perkongsian pada kali ini galah untuk memberikan pemahaman erti hijrah yang sebenar agar muslim hari ini dapat meneruskannya seperti yang dicontohkan Rasulullah.


Hijrah yang sering difahami ialah pengertian dari sudut mana bahasa dan merujuk kepada peristiwa Rasulullah berpindah dari Mekah ke Madinah. Sedangkan perpindahan Nabi SAW menuju Madinah adalah kerana peritah Allah swt iaitu keluar dari Darus Kufur menuju Darul Islam.



Hijrah Rasulullah SAW membawa impak yang sancta besar. Pertama, tertegaknya Daulah Islam yang pertama di Madinah. Kedua, perlaksanaan syariat Islam secara kaffah. Ketiga, membawa perubahan terhadap sistem kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, perundangan dan lain-lain. Keempat, menukarkan masyarakay jahiliyyah menjadi masyarakat Islam.



Sesungguhnya Islam bukan hanya pengatur hubungan manusia dengan Pencipta dan diri sendiri malah meliputi sesama manusia dan sistes kemasyarakatan. Ini hanya dapat terlaksana dengan kapasiti sebuah negara dan tidak mencukupi hanya dengan individu atau jamaah kaum muslimin.



Sesi kali ini turut disertai oleh pengunjung dari indonesia. Beliau turut berkongsi pandangan yang sama dan merasakan muslimah di Indonesia juga turut berkongsi kerinduan yang sama terhadap kemenangan Islam.

Muslimah Hizbut Tahrir Cawangan Shah Alam merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan mengalu-alukan menyertaan dari para muslimah lainnya.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment