Program Santai Ukhuwah 4 (SEPTEMBER)

25 September 2016 (Ahad) Shah alam - Program Santai Ukhwah kali ini membawakan tajuk "Yang Muda Yang Berdakwah" yang disampaikan oleh Puan Raihanah (Aktivis MHTM).

Santai Ukhwah kali ini berkisar tentang Pemuda-Pemudi dan dakwah. Objektif santai ukhwah pada minggu ini adalah untuk melahirkan para pemuda yang cintakan dakwah, menanamkan dalam diri setiap muslim kewajipan berdakwah dan juga mewujudkan kesedarana bahawa pentingnya dakwah Islam pada saat ini.


Puan Raihanah telah berkongsi kisah-kisah pemuda-pemuda Islam semasa zaman Rasulullah yang mana hidup mereka hanya untuk berdakwah dan menyampaikan Islam ke seluruh dunia.

Membenar FirmanNya:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.." [TMQ An Nahl :125].



Di akhir pembentanganya,Puan Raihanah juga turut berkongsi tips agar dakwah tetap berjalan dengan konsisten dan memberikan kata-kata semangat kepada peserta-peserta yang hadir.






SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment