Senarai Negara Penerima Bantuan Tentera Amerika

Amerika mengagihkan dana bantuan tentera luar negara sehingga enam bilion Dollar Amerika setiap tahun. Negara manakah yang paling banyak menerima duit perang tersebut?


1. Israel
Menjamin keselamatan Israel telah menjadi bahagian penting dalam politik luar negara Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, negara Yahudi setiap tahun direkodkan sebagai negara yang paling banyak menerima dana bantuan tentera Amerika Syarikat, iaitu kira-kira 3.1 bilion Dollar US atau 12.8 bilion ringgit Malaysia. Israel juga menerima bantuan ekonomi tahunan terbesar dari Amerika Syarikat dengan nilai yang sama.

2. Mesir
Sejak mengiktiraf kedaulatan Israel, Mesir setiap tahun mendapat 1.3 bilion Dollar US dana bantuan tentera dari Amerika Syarikat. Dari 1979 sehingga kini negara Firaun itu telah menerima bantuan sebanyak 19 bilion Dollar US. Pada masa yang sama Washington juga mengagihkan bantuan ekonomi berjumlah 30 bilion Dollar US.

3. Iraq
Amerika Syarikat mempunyai kepentingan untuk menjaga kestabilan Iraq dengan mengukuhkan tenteranya. Sebab itu negara dua sungai tersebut menerima bantuan sebanyak 1.2 bilion Dollar US setiap tahun dalam bentuk kenderaan tempur, meriam berat dan pelbagai jenis senjata konvensional lain. Pada masa yang sama, Amerika Syarikat juga mengagihkan 350 juta Dollar US kepada tentera Kurdish untuk perang melawan Islamic State

4. Jordan
Pada mulanya Jordan hanya menerima 300 juta Dollar US setiap tahun sebagai bantuan tentera. Namun sejak Islamic State berkuasa, negara yang menampung ramai pelarian Syria itu menerima tambahan dana tentera sehingga 1 bilion Dollar US setiap tahun. Jordan sejak tahun 1996 telah menjadi salah satu sekutu NATO terbesar di Timur Tengah.

5. Pakistan
Tentera Pakistan banyak mendapat pampasan tunai dalam perang menentang keganasan melalui skim ‘Coalition Supports Funds’ yang dibentuk oleh Amerika Syarikat. Tahun lepas Pakistan menerima bantuan sebanyak 280 juta Dollar US dalam bentuk senjata dan latihan tentera. Pakistan juga menerima bantuan lain untuk mengukuhkan tenteranya. Secara keseluruhan, Islamabad menerima bantuan tentera Amerika Syarikat sebanyak 1 bilion Dollar US setiap tahun.

6. Lubnan
Berbanding dengan negara jiran Israel; Iraq atau Mesir, bantuan tentera untuk Lubnan tidak banyak iaitu hanya kira-kira 75 juta Dollar US. Tetapi negara kecil di pinggir Laut Mediterranean itu bernilai strategik kerana kedudukannya yang dekat dengan Israel dan sebagai kekuatan pembanding terhadap militia bersenjata Hizbullah. Contohnya, tahun lepas Amerika Syarikat menghantar 18 helikopter pengangkutan Huey dan beberapa kereta perisai untuk Lubnan.

7. Filipina
Filipina adalah sekutu terbesar Amerika Syarikat dalam konflik di Laut China Selatan. Di samping mempunyai pangkalan tentera, Amerika Syarikat juga rajin mengadakan latihan bersama dengan tentera Filipina. Setiap tahun jiran Indonesia itu menerima bantuan tentera sebanyak 50 juta Dollar US dari Washington. (dw.com, 5/4/2016)

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment