“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (39:10)

[Kenyataan Media]

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” [TMQ az-Zumar (39) : 10].
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam! Pada 29 September, saudara Rafis Galiullin dibebaskan selepas menghabiskan selama tujuh tahun dalam penjara kerajaan zalim Kazakhstan. Apabila dibebaskan daripada penjara, kelihatan isteri dan anak-anaknya begitu teruja menunggu kerana rindu untuk melihatnya.

Rafis Galiullin ditangkap pada bulan Oktober 2009 dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kerana seruannya untuk mengembalikan semula cara hidup Islam dengan mendirikan negara Khilafah ‘ala minhājin nubuwah bersama Hizbut Tahrir. Selama bertahun-tahun penahanan dalam penjara, rejim zalim terus berusaha mendesak dan memberi tekanan supaya meninggalkan idea-idea Hizbut Tahrir. Sejak Oktober 2014, Galiullin ditempatkan di dalam penjara AK-159/25 di Zhezqazghan, di wilayah Qaraghandy. Pengurusan penjara tersebut terus menyeksa dan menghina Rafis serta melayannya dengan amat kasar, bahkan Rafis diminta untuk mencemarkan nama Hizbut Tahrir dan menjatuhkan para aktivisnya, tetapi semua usahanya ini tidak berjaya juga.

Tidak berhenti di sini pengalaman pahit Rafis di dalam penjara. Pada tahun 2013, isteri Rafis, Natalya Voytenkova juga ditangkap. Dia adalah seorang ibu kepada tiga orang anak, kemudian dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas tuduhan mempromosi ekstremisme dan (terorisme), tetapi mereka membebaskannya dengan bersyarat selepas empat bulan penahanannya, diikuti gelombang besar kemarahan rakyat.

Pembebasan saudara kita Rafis adalah berita baik pertama yang kita terima selama bertahun-tahun aktiviti Hzbut Tahrir di Kazakhstan. Di mana sejak tahun 2000 dan sebelum itu, penguasa rejim zalim di Kazakhstan telah menghukum 400 orang aktivis Hizbut Tahrir. Mereka dijatuhi hukuman antara dua hingga sembilan tahun penjara. Bahkan, separuh daripada mereka adalah para aktivis yang dihukum semula kerana mereka tetap dengan sikapnya dan mereka tidak mahu menolak idea-idea Hizbut Tahrir.

Pada tahun 2001, saudara kita Beymbetov Kanat yang dilahirkan pada tahun 1979 telah dibunuh dengan kejinya, di mana beliau ditangkap selepas mengedarkan nasyrah (risalah) tentang “serangan teroris Amerika” bertepatan dengan permulaan Perang Salib baharu terhadap umat Islam. Sebagai kata-kata terakhir saudara kami itu, semoga Allah merahmatinya, sebelum beliau meninggal dunia adalah, “Ibu, katakan kepada saudara-saudaraku bahawa aku tidak pernah mengkhianati sesiapapun.” Pada tahun 2005, Zhumataev Bakytzhan yang dilahirkan pada tahun 1977 juga dibunuh di Kazakhstan dan beliau merupakan salah seorang mas’ūl (penanggungjawab) Hizbut Tahrir. Sebelum ini beliau ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara Uzbekistan. Pada tahun 2009, Moldasanov Akylbek yang dilahirkan pada tahun 1979 dibunuh di bawah penyeksaan. Mereka dan saudara-saudara kita yang lain adalah orang-orang yang telah mengorbankan hidup mereka demi mengembalikan semula cara hidup Islam.

Namun, tidak kira berapa besar usaha daripada rejim penjenayah untuk menghentikan dakwah Hizbut Tahrir, para aktivis Hizbut Tahrir akan terus berdakwah untuk memenuhi perintah Allah SWT Yang Maha Kuasa dan mewujudkan khabar gembira daripada Nabi kita yang tercinta Muhammad SAW,

ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

“Kemudian akan ada Khilafah yang tegak di atas metod kenabian (Khilafah ‘ala minhājin nubuwah)” [HR Abu Dawud dan Ahmad].

Pejabat Pusat Media
Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment