Street Dakwah dan Kempen Kesatuan Hijrah di Petaling Jaya

27 September 2016 (Selasa), Petaling Jaya - MHTM Cawangan Kuala Lumpur telah melaksanakan Street Dakwah sempena Kempen Kesatuan Hijrah: Celik Syariah Tegak Khilafah bersama para pengunjung pasar malam yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA yang berdekatan.

Hujan gerimis pada petang itu bukanlah penghalang untuk para aktivis MHTM untuk meneruskan objektif kempen bagi menjelaskan erti sebenar Hijrah mengikut hukum syarak.

Para pengunjung juga memberikan sambutan yang menggalakkan untuk bersama-sama dalam gerimis petang mendengar penjelasan di bawah payung tentang Hijrah Rasulullah dan kesan perubahan yang terhasil dari Hijrah tersebut.

Moga segala usaha diberkati Allah.






SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment