Tazkirah Muslimah Mengenai Hijrah di Sandakan

1 Oktober 2016 (Sabtu), Sandakan - Tazkirah Muslimah yang bertajuk "Hijrah Muslimah: Keluar dari Sekular Menuju Islam" telah disampaikan oleh Dr Insyirah Amer (Aktivis MHTM) sempena Kempen Kesatuan Hijrah: Celik Syariah Tegak Khilafah.

Beliau menjelaskan mengenai hakikat hijrah Rasulullah yang berlaku 1438 tahun lalu iaitu perpindahan generasi terawal umat Islam dari Darul Kufur (Mekah) ke Darul Islam yang pertama (Madinah). Sesungguhnya peristiwa tersebut bukanlah kerana ketakutan atau lari daripada seksaan di Mekah (seperti tuduhan para orientalis) , sebaliknya satu wahyu dari Allah SWT memandangkan Madinah lebih sesuai untuk perkembangan dakwah Islam dan penegakan hukum hukum Islam secara bernegara.

Di akhir perbincangan, beliau juga menekankan konsep dan kewajipan hijrah yang masih berjalan sehingga ke hari ini dan mengajak para hadirat untuk sama-sama mempelajari dan mengkaji Islam agar dapat melaksanakan dakwah untuk mengubah masyarakat hari ini kepada masyarakat Islam.





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment