Tazkirah Sempena Muharram di Muar

2 Oktober 2016 (Ahad), Muar - Ustazah Zarinah Abu Bakar (Aktivis MHTM) memenuhi jemputan daripada Muslimat dari surau di sekitar Muar untuk menyampaikan tazkirah sempena awal Muharram 1438H.

Beliau menerangkan istilah hijrah secara syarak dengan membawakan kisah Rasulullah SAW yang bertungkus lumus berdakwah di Mekah sehingga akhirnya Allah memberi kemenangan kepada kaum Muslimin dengan memberi kekuasaan di Madinah. Turut dikongsikan tentang bagaimana Baginda menyatukan pemikiran, perasaan dan peraturan dalam Daulah Islamiyah pertama iaitu Madinah.

Ustazah Zarinah turut mengaitkan peristiwa hijrah yang dikisahkan Allah dalam surah An-Nisa' ayat 97-99. Sebagai penutup, muslimah yang hadir diajak untuk mengamalkan Islam secara kaffah, bukan sahaja di peringkat individu, malah sehingga ke peringkat pemerintah dan negara. Semoga Allah membuka pintu hati setiap muslimah yang hadir untuk memahami tazkirah yang disampaikan dan terus menuntut ilmu untuk diamalkan.




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment