Aksi Bela Quran di Jakarta, Indonesia

[LAPORAN Aksi #BELAQURAN Jakarta] 4 November 2016 (Jumaat), Jakarta – Pada hari ini Hizbut Tahrir Indonesia serta beberapa organisasi Islam lain dan umat Islam di Indonesia khususnya, turun beramai-ramai ke Jakarta untuk melaksanakan aksi damai (masirah) bagi membela pelecehan terhadap al-Quran dan Islam. Umat Islam turut menuntut agar Ahok (Basuki Tjahaja Purnama) yang telah menghina al-Quran tersebut ditangkap dan dihukum agar kejadian yang serupa tidak terulang lagi.


Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Oleh itu, setiap Muslim wajib memuliakan dan mensucikan al-Quran. Para ulama telah bersepakat bahawa memuliakan dan mensucikan al-Quran adalah wajib. Ini adalah kerana, siapa sahaja kaum Muslim yang menghina al-Quran, bererti dia telah melakukan dosa besar, bahkan jika penistanya seorang muslim, dia dinyatakan murtad daripada Islam.

Penghinaan adalah perbuatan yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun. Bahkan di dalam Islam, Allah sudah memerintahkan dan memberi batasan jelas mengenai adab kepada pemeluk agama diluar Islam. Kaum Muslim tidak mencela dan menghina tuhan-tuhan serta agama mereka sebagaimana Allah jelaskan dalam firman-Nya dalam Surah Al-An'am ayat 108. Hal ini supaya agama Allah ini tidak dihina kembali oleh orang-orang kafir.

Aksi damai #BelaQuran pada harini bermula dengan ribuan umat Islam berhimpun di hadapan masjid Istiqlal untuk mempersiapkan aksi damai yang rencananya akan dimulai usai solat Jumaat.

Aksi damai ini turut mendapat dukungan daripada umat Islam di negara lain yang memiliki kesedaran untuk tidak mendiamkan diri apabila al-Quran dan Islam diperlecehkan. Ini kerana hal tersebut samalah seperti melecehkan Allah dan Rasulnya.






Ikuti perkembangan lanjut aksi damai #BelaQuran di laman facebook rasmi Hizbut Tahrir Indonesia. Semoga #AksiDamai pada hari ini berjalan dengan lancar dan membuka mata para penista agama agar tidak melecehkan Islam dan syiar-syiarnya.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment