Edaran Risalah di Pasar Tanjung

13 November 2016 (Ahad), Tawau - MHTM Cawangan Tawau telah mengadakan edaran risalah di Pasar Tanjung, Tawau sempena Kempen Kenali Sistem Ekonomi Islam: Celik Syariah Tegak Khilafah. Antara risalah yang diedarkan adalah Nahdatul Fikriyah yang bertajuk Bajet Mesra Wanita: Harapan atau Tekanan?, Pamplet Kenali Sistem Ekonomi Islam dan juga Sautun Nahdhah.

Peniaga dan pengunjung pasar yang menerima risalah tersebut memberikan respon yang baik. Ada yang menyatakan keterujaan kerana baru pertama kali mengetahui tentang adanya sistem ekonomi Islam serta tertarik dengan usaha memperkenalkan semula penggunaan dinar dan dirham.




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment