Kemenangan Trump Sebagai Presiden AS

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيْهَا لِيَمْكُرُواْ فِيْهَا وَمَا يَمْكُرُوْنَ إِلاَّ بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُوْنَ

“Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya” [TMQ al-An’am (6): 123]

Kemenangan Trump Sebagai Presiden AS
(Terjemahan)

Berita mengenai kemenangan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat telah menyebabkan kekecohan di seluruh dunia serta telah mengejutkan pasaran kewangan di Eropah, Asia dan Amerika. Di samping itu, Canselor Jerman Merkel melahirkan rasa kebimbangan di atas kemenangan tersebut, meminta agar Trump menghormati prinsip dan nilai demokrasi bagi meneruskan kerjasama kedua-dua negara. Presiden Perancis juga melahirkan kebimbangannya mengenai kenyataan Trump atas penentangannya terhadap nilai-nilai yang selama ini telah dikongsi bersama, manakala menteri-menteri luar Eropah memanggil satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan kesan luar jangka daripada pemilihannya itu.

Apakah makna kemenangan Trump terhadap umat Islam? Sungguh, tidak akan ada perkara yang baru kecuali api permusuhan dari para pemimpin negara kufur Amerika terhadap Islam dan umat Islam. Apakah Obama yang “demokrat” merupakan sahabat kaum muslimin? Atau pendahulunya yang Republikan, Bush Jr.? Apakah polisi para pemimpin Amerika yang silih berganti di Rumah Putih telah memberikan kebaikan kepada Islam dan umat Islam melainkan permusuhan yang sangat dalam dan perancangan secara terus menerus bagi mengawal dan menguasai tanah kita, mencuri harta kekayaan kita, merompak sumber daya alam kita, menyokong pemerintah yang zalim serta mengerahkan segala usaha untuk mencegah kembalinya kesatuan umat Islam di bawah naungan al-Khilafah ar-Rashidah yang akan berdiri di atas manhaj kenabian?

George Bush sebelum ini telah mengisytiharkan perang salib terhadap umat Islam apabila ia melancarkan pencerobohan terhadap saudara kita di Afghanistan manakala perang di Iraq telah mendedahkan kesungguhannya untuk memusnahkan umat Islam. Kemudian datangnya Obama yang cuba untuk memperdaya umat Islam dengan ucapan retoriknya di Ankara dan Kaherah pada tahun 2009 dan di Jakarta pada tahun 2010 sebelum menampakkan wajahnya yang sebenar dalam memberikan sokongan penuh kepada pembunuh massa di Damsyik dalam usaha untuk menyekat revolusi Ash-Shaam. Walaupun dia telah mengkritik George Bush kerana menggunakan pesawat pembunuh Drone ketika dia berada di pihak pembangkang, tetapi setelah mengambil alih kuasa pemerintahan, dia telah meningkatkan kadar serangan Drone; menyebarkan keganasan, pembunuhan dan kemusnahan di setiap bumi umat Islam dari Afghanistan dan Pakistan ke Iraq, Yaman, Somalia dan Syria.

Benar, kami menjelaskan perkara ini berdasarkan aqidah Islam (keimanan) dan secara berterusan kita tidak akan melihat apa-apa pun dari para pemimpin Amerika kecuali permusuhan yang sangat dalam terhadap Islam dan umat Islam. Perubahan wajah penghuni Rumah Putih tidak akan diperhitungkan lagi kerana hakikat yang pasti adalah apa yang selama ini telah berakar umbi dan akan terus dijaga bahawa Amerika akan terus dengan dasarnya yang mensasarkan peperangan terhadap Islam dan umat Islam. Jelas, tanpa mengira lagi kekuatan yang tampak, semua ini pasti akan berakhir, kebatilan akan binasa seperti hari-hari yang berputar di kalangan orang-orang yang berada di dalam kesusahan. Selagi umat Islam berpegang teguh dengan keimanan kepada Rabb mereka dan senantiasa mencari keredhaan Allah di dalam kehidupan yang sementara ini, dan berjuang untuk menegakkan kembali syariahNya, maka niscaya mereka mampu menyelamatkan manusia dari kesengsaraan dan kesusahan yang diciptakan oleh Amerika dan akan mengeluarkan manusia dari kegelapan kekufuran kepada cahaya Islam, dari penindasan sistem kapitalis kepada keadilan sistem Islam, dan dari kesempitan hidup di dunia ini kepada keluasan akhirat. Ini adalah janji Allah dan janjiNya adalah benar. Semoga ianya akan dapat disaksikan dalam waktu yang terdekat.

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ
وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan yang (senantiasa) mengerjakan amal soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahkuKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu” [TMQ an-Nur (24):55].

Osman Bakhash
Pengarah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment