Konvoi dan Kuliah Kempen Kesatuan Hijrah di BB Bangi

30 Oktober 2016 (Ahad), Bandar Baru Bangi - Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Cawangan Bangi telah mengadakan Kuliah Santai sebagai acara penutup kepada Kempen Kesatuan Hijrah: Celik Syariah Tegak Khilafah bertempat di Khilafah Centre, Bandar Baru Bangi.



Sebelum Kuliah Santai dimulakan, terlebih dahulu para Muslimah melakukan konvoi berkereta di sekitar Bandar Baru Bangi bagi menjemput Muslimah untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustazah Fatihah (Aktivis MHTM). Konvoi diteruskan walau dalam keadaan hujan.


Dalam kuliahnya, Ustazah Fatihah telah menyampaikan kuliah bertajuk "Hijrah Muslimah dari Sekular kepada Islam". Beliau memberi pesanan bahawa tajuk yang akan disampaikan adalah untuk memahamkan peserta yang hadir kuliah dari kalangan remaja bahawa hijrah yang sebenarnya adalah hijrah yang mesti membawa kepada perubahan hakiki iaitu seperti yang dicontohkan daripada hijrah Nabi SAW.



Para peserta menyokong dan bersetuju dengan apa yang telah disampaikan dan mereka turut serta memberi sokongan terhadap kempen ini. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MHTM Cawangan Bangi di atas usaha yang telah dilakukan. Sebelum bersurai para peserta bergambar sebagai kenangan.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment