Lebih 100 Muslim Rohingya Dibunuh Selepas Pemberontakan di Myanmar

Pengesahan bebas atas tuntutan yang dikeluarkan pemerintah atau aktivis adalah sukar dilakukan kerana pemerintah menyekat akses masuk ke kawasan tersebut.

Para aktivis pendukung Rohingya di Myanmar mengatakan, Rabu (16/11), lebih daripada 100 anggota komuniti etnik Muslim itu terbunuh dalam menangani aksi pemberontakan kerajaan yang telah diadakan baru-baru ini di negeri bahagian Rakhine.


Ko Ko Linn dari Organisasi Nasional Arakan Rohingya mengatakan, menurut beberapa penduduk desa, sekurang-kurangnya 150 orang dibunuh pasukan keselamatan sejak Sabtu. Pengesahan bebas atas tuntutan yang dikeluarkan pemerintah atau aktivis sukar dilakukan kerana pemerintah menyekat akses masuk ke kawasan tersebut.

“Alasan mengapa pejabat-pejabat berita antarabangsa dan kelompok-kelompok bantuan tidak diizinkan masuk ke sana adalah kerana tentera berusaha menutupi kezaliman yang mereka lakukan di sana seperti pembunuhan dan lain-lain. Mereka berbohong!” kata Ko Linn melalui telefon.
Nay San Lwin, blogger yang berpusat di Eropah yang mengamati secara teliti perkembangan kes Rohingya sejak 2012 mengatakan, laporan-laporan daripada jaringan aktivis di Rakhine menunjukkan lebih daripada 100 mayat telah ditemukan penduduk desa yang mana sebahagiannya tertutup jerami atau terbakar.

Di pihak pemerintah pada Selasa lalu, mengakui jumlah korban adalah seramai 69 orang daripada pihak penyerang dan 17 anggota pasukan keselamatan. Secara terperinci, pihak tentera tidak mengenalpasti para penyerang itu, namun sudah menjadi pengetahuan umum bahawa tentera berpihak pada para penganut Buddha di Rakhine yang menentang Rohingya. (voaindonesia, 16/11/2016)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment