Program Santai Ukhuwah 2 (November)

6 November 2016 (Ahad), Shah Alam - Santai Ukuwah kali ini membawa tajuk "Wanita Berkerjaya : Pemangkin Ekonomi atau ...???" telah disampaikan oleh Ustazah Ita Zulaikha. Beliau menjelaskan realiti masa kini yang mana wanita berkerjaya digambarkan sebagai lambang mandiri, terhormat dan bahagia. Oleh itu ramai wanita barat dan dunia Islam bercita- cita untuk menjadi seperti yang digambarkan. Merasa seperti dihargai dalam keluarga dan masyarakat mereka.



 Isu yang diketengahkan disini bukanlah sama ada wanita perlu atau tidak untuk berkerja tetapi hakikat bahawa wanita telah meninggalkan peranan utama mereka sebagai ibu serta isteri untuk mendapatkan kekayaan material dan kebebasan kewangan dengan mengorbankan keluarga dan perkahwinan mereka.


Menurut Islam, peranan utama wanita adalah sebagai ibu dan pengurus rumah tangga. Tugas mendidik anak adalah amanah yang telah Allah berikan dan akan dipertanggungjawabkan atasnya. Melalui didikan ibulah yang akan membina generasi mendatang. Berjayanya seorang lelaki yang hebat adalah kerana adanya seorang wanita yang hebat dibelakangnya. Melalui air susunya, dia telah diberi makan dan pelukan hangat dimana dia berlindung.



Sebagai kesimpulannya, beliau menjelaskan isu memperkasakan wanita agar mereka keluar bekerja oleh negara-negara barat adalah didorong oleh agenda kapitalis mendapatkan keuntungan ekonomi dan bukannya memperbaiki kehidupan dan membahagiakan wanita. Akhir sekali beliau melengkapkan tajuk perkongsian pada hari tersebut iaitu Wanita berkerjaya : Pemangkin Ekonomi atau Ancaman kepada pembangunan generasi masa depan. Wallahu a’lam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment