[Event] Cita-Cita Besar yang Mengoptimumkan Peranan Muslimah Berideologi

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ Acara Bedah Buku Untuk Menjadi Muslimah Negarawan ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

~ Cita-Cita Besar yang Mengoptimumkan Peranan Muslimah Berideologi ~

๐ŸŒน Tarikh: 15 Januari 2017 (Ahad)
๐ŸŒน Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
๐ŸŒน Lokasi: Dewan AMJAL Restoran, Kuala Lumpur

| ๐Ÿ€ Khas Untuk Muslimah | ๐Ÿ€ Penyertaan: RM10 sahaja | ๐Ÿ€ Cenderahati Menarik Untuk Setiap Peserta ! |

*Buku "Muslimah Negarawan" boleh didapati dalam acara ini.

- SINOPSI PROGRAM -

Dalam era moden ini makna kejayaan seorang wanita adalah sangat sempit dan bersifat individual - ditentukan hanya untuk pencapaian material, status atau hanya sekadar gelaran artifisial. Masyarakat semakin kehilangan gambaran bagaimana berkebolehannya peranan wanita dalam merangkai kejayaan dan kemajuan kolektif masyarakat dan peradabannya. Sememangnya wajar demikian jika peranan domestik wanita sering dianggap sebagai peranan biasa - bukan satu prestasi dan kejayaan wanita, kerana kanta yang digunakan adalah kanta mikro individual.

Adakah anda pernah membayangkan yang Islam sebagai sebuah peraturan nilai atau ideologi telah menjamin wanita mencapai kejayaan peribadinya sekaligus kejayaan masyarakatnya secara bersama-sama? Islam menyediakan kanta yang unik dan sangat agung terhadap bagaimana ikon Muslimah yang berkebolehan itu, bagaimana kejayaan sebenar wanita itu juga merupakan kejayaan generasi dan masyarakatnya.

Menjadi Muslimah Negarawan - adalah kemuncak kejayaan yang tertinggi yang sepatutnya mendahului setiap cita-cita dalam setiap peranan Muslimah. Menjadi Muslimah Negarwan juga bermakna berpegang teguh kepada identiti sebagai Muslimah dan komitmen terhadap kewajipan utamanya sebagai ummu wa rabbatul bait, kewajipannya dalam menuntut ilmu dan kewajipannya untuk melakukan dakwah serta pembaikan di tengah-tengah masyarakat.

Namun adakah benar Muslimah boleh menjadi Negarawan? Bukankah wanita tidak boleh memegang jawatan sebagai pemerintah? Sesungguhnya anugerah akal fikiran yang sama dengan kaum lelaki, akan menjadikan wanita juga mampu memiliki kapasiti berfikir yang tinggi, bahkan yang tertinggi, iaitu pemikiran politik. Walaupun syariat Islam mengehadkan peranan wanita dalam politik pemerintahan, tetapi ia bukanlah bermakna kapasiti pemikiran dan kenegarawanannya dikekang dan dihadkan. Lihatlah ummul mukminin Aisyah r.a. dan Khaizuran - wanita antara tiga Khalifah.



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment