Fikratul Ummah Disember 2016 - Januari 2017

Muqaddimatul Kalam

Assalamu’alaikum wa rohmatullahi wa barokatuh...

Tahun 2016 hampir melabuhkan tirainya dengan membawa pelbagai kisah suka dan duka. Antara keperitannya yang sehingga kini dialami oleh masyarakat di negeri-negeri umat Islam khususnya di Malaysia adalah berkenaan situasi ekonomi yang amat meruncing dan tidak menentu. Krisis ekonomi global telah menyebabkan ribuan orang dibuang pekerjaan dan ada pula golongan wanita yang tidak pernah bekerja terpaksa bekerja bagi mencukupkan keperluan isi rumah. Ringgit yang semakin susut nilainya hari demi hari dan kos hidup yang tidak pernah menurun telah memberikan kebimbangan yang berpanjangan kepada rakyat. Persoalannya, masih adakah harapan untuk membaik pulih keadaan ini dan sampai bilakah perkara ini akan berterusan?

Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran :
“Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah daripada langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka kerjakan” [TMQ al-A’raf (7):96].

Jelas, keadaan yang berlaku sekarang merupakan balasan yang Allah timpakan atas sebab pengingkaran terhadap hukum-hukum Allah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Maka, penyelesaian yang perlu diambil adalah dengan menerapkan seluruh hukum-hukum syariah di muka bumi tanpa sebarang kompromi. Sistem ekonomi Kapitalis yang bermaharajalela saat ini wajib diganti dengan sistem ekonomi Islam.

InsyaAllah, FU bulan ini akan mengupas secara terperinci berkenaan kerosakan sistem ekonomi Kapitalis dan keadilan sistem ekonomi Islam yang mensejahterakan semua orang baik lelaki, wanita, anak-anak dan juga kafir dzimmi. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga Khilafah yang dijanjikan Allah buat kali kedua akan segera tertegak agar dapat mengeluarkan manusia daripada kegelapan duniawi di abad ini.

Oleh: Afiqah Hazwani Abdullah (Ketua Editor FU)




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment