Jihad & Khilafah untuk Aleppo


Kebiadaban besar sedang dipersembahkan oleh puak kuffar laknatullah di Aleppo. Umat Muslim geram dan terbakar hatinya untuk berangkat berjihad membela umat Islam dan agamanya. Sayangnya, tidak ada seorang pun dari baris kepemimpinan yang mahu menggerakkan tekad dan semangat bergelora itu.

Bergerak untuk berjihad di jalan Allah, tidak boleh dimungkiri, memerlukan persiapan yang sepatutnya seperti dana, senjata, para tentera, strategi, dan lain-lain keperluan. Secara individual seorang Muslim boleh saja memenuhi semua itu, namun sudah pasti kemampuannya terbatas.

Di sinilah letak kebernasannya, bahawa umat memerlukan sebuah kekuatan dan kekuasaan untuk menyatukan seluruh potensi dan menggerakkan umat Islam untuk berangkat berjihad di setiap negeri Muslim yang ditindas, seperti Aleppo. Adakah anda masih tidak sedar betapa pentingnya kewujudan sebuah entiti Khilafah Islamiyah?

Tanpa adanya #Khilafah Islamiyah kekuatan umat Islam terpisah-pisah dan tidak diuruskan dengan baik. Kereta-kereta kebal dan jet tempur itu masih terparkir rapi di tempatnya. Puluhan ribu tentera, hanya berbaris di berek-berek dan kem latihannya.

Maka dari itu, umat Islam yang sanggup mengangkat senjata, maka pergi dan berangkatlah mengangkat senjata untuk berperang di jalan Allah.

Umat Islam yang belum sanggup kerana berbagai keterbatasan, maka sumbanglah perjuangan ini dengan menyedekahkan harta bagi mereka yang sedang berjihad.

Umat Islam yang belum sanggup melakukan hal-hal tadi, sekurang-kurangnya ingatlah akan saudara-saudara kita yang sedang dijajah di negeri yang jauh itu, kemudian bawalah mereka dalam airmata dan doa-doa kita.

Lalu berteriaklah dalam berbagai aksi damai untuk menggesa penguasa dan kedutaan besar negara-negara kafir itu, agar menghentikan aksi biadab mereka.

Dan yang paling penting adalah, hendaklah kita mengukuhkan perjuangan Islam untuk mengembalikan Khilafah Islamiyah.

Apapun yang mampu dilakukan bagi meringankan beban bagi saudara-saudara kita di sana, selama ia diredhai oleh Allah, sekecil apapun ia, maka lakukanlah. Sesungguhnya tiada usaha yang sia-sia selagi ia dilakukan demi dan di atas jalan Allah.


sumber: Hizbut Tahrir Indonesia
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment