Kejatuhan Halab (Aleppo) Merupakan Bermulanya Sebuah Fasa Dan Bukan Pengakhiran Daripada Sebuah Revolusi


(Terjemahan)

Apa yang berlaku di Halab (Aleppo) dari segi pembunuhan beramai-ramai, hukuman mati jalanan dan kemusnahan rumah-rumah beserta orang-orang yang mendudukinya adalah bukan perkara baharu bagi pihak barat, Amerika, dan Rusia. Apa yang telah dan sedang berlaku di Palestin, Afghanistan dan Iraq masih segar dalam ingatan kita. Barat telah telalu biasa menghancurkan tanah-tanah kaum Muslim satu demi satu kerana mereka tahu, tentera-tentera negara Muslim tetap dibelenggu oleh pemerintah-pemerintah mereka dan tidak akan mampu bergerak.

Saudara kita di Halab sedang dibunuh didepan mata dunia; baik yang mengaku bersaudara dengan rakyat Syria mahupun yang bermusuhan dengan mereka. Dan kita tidak melihat sebarang langkah diambil oleh Persatuan Bangsa-bangsa Besatu (PBB) mahupun komuniti antarabangsa yang menjaja ketamadunan mereka berdiri diatas kerangka kemanusiaan dan penipuan dakwaan mereka yang kononnya menjamin hak asasi manusia dan kebebasan... Saudara kita di Halab telah dibunuh didepan mata pemimpin-pemimpin Muslim yang tetap berdiri kaku dengan hati yang mati tidak terusik dengan tangisan wanita-wanita tidak berdosa atau jasad-jasad kaku anak-anak kecil.. Saudara kita di Halab telah dibunuh didepan mata para panglima angkatan tentera yang mana kita tidak melihat sebarang usaha serius dalam menyelamatkan mereka... 

Rintihan mereka yang mengharapkan bantuan di Halab telah semakin bergema namun rasa bertanggungjawab tidak menggerakkan mereka yang berpura-pura kononnya telah menegakkan Khilafah padahal mereka tidak tahu langsung mengenai Khilafah melainkan hanya sekadar pada namanya sahaja. Hakikatnya, semua pihak berdiri membatu dan berpeluk tubuh menyaksikan penduduk Halab disembelih. Kemudian, musuh-musuh rakyat Syria berkumpul bersama dengan mereka yang mendakwa bersahabat dengan Syria, para sekutu mereka, serta bersama-sama para pemimpin yang telah diikat dan dikompromikan dengan pihak lawan pembangkang. 

Mereka semua berkumpul di parit yang sama melawan penduduk Ash-Sham dan natijahnya Halab lenyap mengikut persefahaman yang dicapai antara Amerika dan Rusia. Halab telah dijual dengan harga murah dalam pasaran Turki dan hasilnya diterima oleh para pemimpin kelompok pejuang yang kemudian diserahkannya kepada musuh-musuhnya untuk diratah. Jika tidak, mana mungkin Daariya mampu bertahan selama hampir empat tahun manakala Halab hanya dalam beberapa hari?!

Kita bukanlah kehilangan Halab hari ini, tetapi kita kehilangannya apabila pemimpin kumpulan penentang menuruti jalan gencatan senjata dan rundingan.. Kita kehilangan Halab apabila kita menerima bantuan bersyarat dan menggadaikan keputusan kita terhadap keinginan para pendukung yang kemudiannya meletakkan garisan merah yang membelenggu batang leher kita. Kita kehilangan Halab apabila kita enggan berpegang teguh pada tali Allah dan apabila kita didominasi oleh semangat regionalisme, kepartian serta menjunjung tinggi hak dan kedudukan dengan mengorbankan darah para syuhada dan penderitaan saudara-saudara kami yang terusir...

Halab tidak jatuh, namun yang jatuh adalah semua para penuntut palsu, para pedagang kepentingan, pembelot dan orang yang berpura-pura.. Topeng-topeng mereka telah gugur, konspirasi mereka telah terbongkar dan semua itu telah menyedarkan hati orang-orang yang ikhlas untuk memuhasabah dan mengajak kepada kemakrufan dan mencegah kemungkaran demi menyelamatkan revolusi kita dan mengemudi kapal kita hingga berlabuh dengan aman dan selamat.

Kemusnahan Halab adalah sebahagian daripada perancangan Amerika, sedangkan Rusia tidak lain hanyalah senjata yang digunakan Amerika untuk menundukkan sejumlah daerah agar menerima solusi politiknya. Walau bagaimanapun, kemusnahan Halab bukanlah pengakhiran kepada revolusi, tetapi itu merupakan titik permulaan daripada sebuah revolusi baharu untuk memperbaiki jalannya. Hal ini kerana rakyat Sham tidak akan pernah membiarkan api revolusi mereka dipadamkan. Sebaliknya, mereka akan menyalakannya lagi dengan marak tetapi kali ini di jalan yang lurus seperti yang dijanjikan Allah Yang Maha Perkasa lagi Memaksa. Bara api yang akan mengepung dan menghentikan para penjajahan kafir, para munafik dan para pengkhianat dengan cara yang paling dahsyat dan untuk mewujudkan semua itu bukanlah sukar bagi Allah SWT.

Wahai kaum Muslim yang tetap bersabar di negeri Ash-Shams, pusat negara Islam: Kami memohon kepada Allah agar peristiwa ini bakal menjadi pemulaan baharu yang memperbaiki jalan dan meletakkan segala sesuatu ditempatnya yang benar sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda,

لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين

"Umat Islam tidak akan dipatuk daripada lubang yang sama dua kali."

Kalian telah merasai kesan kemusnahan hasil daripada politik wang. Kalian telah merasakan apa yang telah dilakukan oleh para pendukung revolusi kepada revolusi kalian dan kalian juga telah merasakan keikhlasan tanpa kesedaran telah membazirkan pengorbanan dan hasilnya merugikan bahkan ia merupakan seakan-akan bonus buat musuh-musuh Islam. Ingat, revolusi kalian perlu menyingkirkan para pemimpin yang terikat dengan bantuan musuh, menyatukan kelompok-kelompok pejuang agar semua berada di bawah satu komando dengan penuh kesedaran dan keikhlasan, serta menetapkan tujuan yang diredhai Tuhannya dengan mempunyai pandangan yang jelas atas jalan menuju keberhasilannya. Tindakan kalian bukanlah kerana reaksi daripada para musuh tetapi sebaliknya kalian akan terus berada di jalan yang jelas dan behati-hati, berpegang teguh pada tali Allah sahaja, memutuskan tali-tali konspirasi yang merintangi jalannya; tali-tali yang hanya membawa porak peranda kepada umat dan keadaan yang sedia teruk keadaannya…

Jadi, adakah kita berasa puas dan redha untuk berjalan tanpa tujuan, bersandar kepada selain Allah, mencari pertolongan dan kemenangan daripada musuh-musuh dan dalam masa yang sama mengikat diri untuk tunduk kepada sokongan dan keputusan mereka?! Allah SWT berfirman:

أَفَمَن يَمْشِي مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِ أَهْدَىٰ أَمَّن يَمْشِي سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

"Apakah orang yang merangkak dengan wajah tertelungkup yang lebih terpimpin (dalam kebenaran) ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?"

Maka, adakah kita telah berpuas hati? Atau adakah kehilangan Halab justeru akan menjadi suara peringatan yang akan menggerakkan kita untuk memperbaharui iman kita dan mengeluarkan kita dari plot dan perancangan musuh-musuh Tuhan kita, berpegang teguh pada tali-Nya dan bergantung hanya pada-Nya, yang mana kita berikan petolongan atas agama-Nya hingga Allah datangkan janji-Nya kepada kita?

إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Jika kamu membantu agama Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Syria


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment