Kempen Kenali Sistem Ekonomi Islam di KL (Nov)

27 November 2016 (Ahad), Kuala Lumpur - MHTM KL  meneruskan lagi Kempen Kenali Sistem Ekonomi Islam: Celik Syariah Tegak Khilafah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Para pengunjung telah diberi penjelasan tentang matawang yang telah disyariatkan Islam iaitu Dinar dan Dirham yang bersandarkan kepada nilai sebenar emas dan perak serta kelebihan penggunaan matawang emas dan perak.   Pengunjung juga telah dijelaskan tentang sejarah penggunaan matawang emas dan perak sejak dahulu dan bagaimana wujudnya matawang kertas sekarang iaitu "fiat money" yang menggantikan matawang emas dan perak.

Para pengunjung menyatakan penghargaan dan keterujaan mereka kerana telah mendapat info baru. Risalah yang berkaitan juga diberikan secara percuma sebagai bahan bacaan kepada pengunjung yang hadir.








29 November 2016 (Selasa), Petaling Jaya - MHTM Kuala Lumpur telah melaksanakan Street Dakwah sempena Kempen Kenali Sistem Ekonomi Islam: Celik Syariah Tegak Khilafah bersama para pengunjung pasar malam yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA yang berdekatan.

Hujan gerimis pada petang itu bukanlah penghalang untuk para aktivis MHTM untuk meneruskan kempen dengan memperkenalkan serta menjelaskan matawang yang disyariatkan Islam iaitu Dinar dan Dirham.

Para pengunjung juga memberikan sambutan yang menggalakkan dengan mendengar penjelasan di bawah payung tentang kegunaan matawang dinar-dirham dan nilai nilai intrinsik dan ekstrinsik matawang tersebut.




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment