Open Circle Kesejahteraan Ekonomi Wanita Dalam Islam di KL

4 Disember 2016 (Ahad), Kuala Lumpur - MHTM Kuala Lumpur telah mengadakan Open Circle (OC) bertajuk Kesejahteraan Ekonomi Wanita Dalam Islam sempena Kempen Kenali Sistem Ekonomi Islam: Celik Syariah Tegak Khilafah di salah sebuah surau di ibu kota.


 Aktivis MHTM, Puan Fatin Zainal selaku penceramah telah menjelaskan kepada para peserta yang hadir tentang kedudukan wanita dalam Islam. Wanita sangat dimuliakan dengan peranan utama sebagai pemerkasa generasi iaitu menjadi ibu dan pengurus rumahtangga.

Beliau turut menjelaskan bahawa hukum wanita bekerja adalah mubah (harus). Tetapi seorang wanita yang solehah hendaklah mengutamakan tugas utama mereka sebagai Ummun wa rabbatul bait (Ibu dan pengurus rumahtangga).


Beliau juga menjelaskan bagaimana syariat Islam menjamin kesejahteraan wanita dengan menetapkan kewajipan pada ketua keluarga (ayah/suami) untuk memberi nafkah secara maaruf kepada tanggungan mereka.

Namun, sekiranya ketua keluarga tiada atau tidak mampu secara syarie, hendaklah waris keluarga wanita mengambil alih tugas itu. Sekiranya tiada kedua-duanya (ayah/suami atau waris), negara bertanggungjawab mengurusi nafkah para wanita tersebut melalui Baitul Mal. Jika harta Baitul Mal tidak mencukupi, maka tugas tersebut beralih kepada seluruh kaum Muslimin melalui cara sedekah atau dharibah.


Para peserta yakin dengan adanya penerapan Syariat Islam yang sebenar dapat menyelesaikan masalah dan krisis kewangan keluarga dan seterusnya mendokong tugas para wanita sebagai pembina generasi.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment