Penyesatan di Sebalik Eksploitasi ISIS

Kekhuatiran kemenangan Khilafah di Syria menjadi titik kesepakatan bersama antara Amerika dan sekutunya. Seperti biasa, kata Khilafah yang digunakan dikaitkan dengan ‘teroris’ sebagai bentuk propaganda menyerang idea Khilafah. Alasan perang melawan teroris ini pula yang digunakan oleh pelbagai pihak untuk mengebom bumi Syam dan membunuh umat Islam di negeri yang barakah itu.


Pelbagai tindakan ganas terus terjadi. ISIS tetaplah ISIS dalam kapasitinya sebagai organisasi bersenjata seperti sebelum deklarasi tersebut. Melalui media-media yang dikendalikannya, Barat sentiasa mengeksploitasinya untuk terus mencanang keburukan Islam. Begitu juga serangan militer mereka terus-menerus meledak di bumi Syam. Keganasan ISIS dan di wilayah ini merupakan hasil karya Barat. Ini adalah refleksi daripada nilai-nilai keganasan, peperangan, sektarianisme yang mereka tanamkan di Iraq.

Namun, sesungguhnya apa yang mereka (Barat) takutkan daripada revolusi Syam ini adalah berdirinya kembali Khilafah. Oleh itu, mereka terus menyebarkan kata-kata yang buruk dan keji berkaitan Khilafah seperti Khilafah pengganas dan Khilafah aIa ISIS. Gambaran buruk terhadap Khilafah ini jelas merupakan propanganda yang menggambarkan ketakutan mereka terhadap berdirinya Khilafah ‘ala Minhajin Nubuwah yang hakiki di Syam.

Pemerintah Amerika Syarikat yang disokong oleh medianya telah mengambil setiap kesempatan untuk membersihkan konsep Islam iaitu ‘Khilafah’ dalam kotak fikiran umat Islam dan non-Muslim. Setiap pembunuhan, insiden, kecelakaan dan pembantaian dianggap merupakan kesalahan ISIS, bahkan kenyataannya dikeluarkan sebelum faktanya dapat disahkan. Para ahli politik AS telah berusaha keras untuk menciptakan kekecohan yang menjadikan ISIS adalah ancaman terbesar bagi umat manusia, yang semakin marak di wilayah tersebut dan juga yang merencanakan serangan di wilayah barat, meskipun para pegawai urusan keganasan menafikannya.

Pertempuran ideologi di wilayah tersebut dan di seluruh dunia menjadi semakin meningkat saat para pegawai AS mengutuk pemenggalan kepala dua wartawan AS dan kekerasan yang dilakukan terhadap non-Muslim di Iraq. Walaupun terdapat tanda tanya serius atas sifat pemerintahan ISIS, media global berpusu-pusu menunjukkan ISIS sebagai kelompok militan yang penuh keganasan dan memerlukan campur tangan lain oleh Barat di wilayah tersebut.

Pertempuran ideologi terhadap Muslim serta mencari perubahan yang nyata di wilayah tersebut merupakan usaha lanjutan AS untuk mempertahankan penjajahannya di wilayah itu dan membenarkan kehadirannya dalam tempoh jangka waktu yang panjang. Setelah perang satu dekad dan kelelahan pasukan AS untuk berperang, AS untuk saat ini mengerahkan pasukan operasi khusus (SOFs) dan para kaki tangan CIA untuk mempersenjatai dan mengarahkan para pejuang Iraq dan Kurdi untuk melawan ISIS.

Ketika para pengulas Barat berbicara tentang kekerasan politik yang dilakukan oleh kelompok-kelompok di antara mereka, mereka akan menyalahkan kelompok tertentu yang dianggap bertanggung jawab atas tindakan tersebut. Tapi jika berkaitan dengan kelompok-kelompok Muslim yang melakukan kekerasan politik, mereka terus menyalahkan kelompok “Islamik” dan “Jihad” secara keseluruhan

Untuk memperjelasan hal ini, tindakan ini harus dituntut oleh ISIS. Mereka sendiri yang harus dipersalahkan untuk hal itu. Tindakan ini harus disebut “keganasan atau terorisme oleh ISIS,” bukan kepada orang lain. Kaum Muslim di Barat tidak memikul tanggung jawab atas hal itu.

Sedangkan semuanya sudah faham bahawa Amerika, Britain, Rusia, dan anggota pakatan jahat yang lainlah yang merupakan pengganas sebenar. Merekalah yang melakukan pembantaian terhadap kaum Muslim di Iraq, Afghanistan, Syria dan lain-lain. Mereka jugalah yang melakukan berbagai makar di negeri-negeri umat Islam yang menyebabkan pertumpahan darah umat Islam.

Mereka jugalah yang menjadi pendukung utama penguasa-penguasa diktator di negeri-negeri umat Islam yang melakukan aksi terorisme terhadap rakyatnya sendiri. Merekalah pendukung rejim Bashar yang zalim, diktator Sisi sang pembantai, dan rejim sebelumnya seperti Ghadafi di Libya serta Saddam Husain di Iraq.

Teori ekstremisme dan radikalisme ciptaan barat telah menyasarkan seluruh kaum Muslim. Ia merupakan keganasan politik yang sesat dan telah berakar umbi dari sentimen anti muslim dan kekerasan yang mereka wujudkan sendiri sejak pertengahan abad Perang Salib.

Ketika para ahli politik dan para ahli berbicara tentang kebangkitan kelompok-kelompok ekstremis sayap kanan di Eropah, mereka melihat antara penyebabnya adalah seperti terlalu banyaknya imigrasi, tekanan kepada pelayanan awam, dan kurangnya lapangan pekerjaan bagi masyarakat asli setempat. Tapi keganasan yang berasal dari dunia Muslim ditampilkan sebagai tidak memiliki penyebab. Inilah hasil daripada teologi yang buruk atau kejahatan murni.

Eropah tidak hanya menyerang Amerika secara politik di negara-negara Arab yang sedang dilanda pemberontakan rakyat, tetapi ia juga aktif menjadi pesaing Amerika terkait isu utama di Timur Tengah iaitu dalam masalah Palestin. Eropah memanfaatkan kekosongan (vacum) yang disebabkan oleh kebekuan perundingan antara pihak berkuasa Palestin dan Negara Yahudi serta kegagalan Amerika untuk memberikan tekanan kepada para pemimpin entiti Yahudi agar mereka menghentikan aktiviti pembangunan pemukiman.

Dengan demikian, kita melihat bahawa AS sama seperti Eropah, yang mana kedua-dua belah pihak sedang bersaing berebut negeri-negeri umat Islam yang sedang berevolusi untuk menuntut kembalinya martabat umat dengan membebaskannya daripada cengkeraman para penjajah yang menggunakan berbagai cara penipuan seperti pemberian status rakan kongsi utama di NATO, pemberian pinjaman, dan pemberian sejumlah bantuan serta latihan bagi para perwira untuk memerangi terorisme, dimana semua itu dijadikan sebagai alasan untuk memperluas pengaruh mereka dan mempertahankannya.

Oleh: Umar Syarifuddin (Penganalisis Politik Antarabangsa)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment