Program Santai Ukhwah 1 (Disember 2016)

4 Disember 2016 ( Ahad), Shah Alam - Santai Ukhwah pada minggu ini membincangkan tajuk 'Kerana Dirimu Begitu Berharga' yang berkisarkan isu wanita dan kecantikan. Tajuk perbincangan kali ini dikupas oleh Dr Ainul.


Wanita sering disinonimkan dengan kecantikan dan sememangnya wanita itu suka dengan sesuatu yang menambah kecantikan mereka. Secara dasarnya menjadi fitrah wanita sebegitu namun sebagai seorang muslim yang hidupnya telah diaturkan dengan aturan syarak termasuk cara berpakaian dan penampilan seharusnya memenuhi fitrah itu mengikut garis panduan syarak.


Antara perkara yang diangkat dalam diskusi ini adalah tentang aurat. Batasan aurat seorang muslimah itu adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Adalah wajib bagi muslimah itu mengenakan hijab yang menutup kepala hingga dada kecuali bahagian wajah. Selain itu turut diterangkan kumpulan mahram yang boleh dan tidak boleh ditunjukkan aurat sebatas yang biasa terlihat.


Selain itu, perbincangan turut menyentuh kepada tabarruj. Tabarruj adalah berhias secara berlebih lebihan dan melebihi dari uruf setempat. Tabarruj juga termasuk meninggikan sanggul ketika berhijab, memakai wangi wangian, solekan dan pakaian yang mempunyai perhiasan yang berlebihan.


Kemudian Dr Ainul turut menerangkan dalam Islam turut menyentuh pakaian syarie untuk muslimah ketika berada di kehidupan umum. Secara amnya kehidupan kita terbahagi kepada kehidupan khusus dan kehidupan umum. Kehidupan khusus adalah ruangan hidup kita yang mana jika orang luar ingin memasukinya perlu mendapat keizinan seperti runah dan kereta kita. Kehidupan umum pula adalah tuang kehidupan yang terbuka dimana sesiapa pu boleh memasukinya tanpa meminta keizinan seperti di mall, kemudahan awam dan lain-lain.

Disinilah terdapat perbezaan bagi muslimah dalam berpakaiaan. Dalam kehidupan khusus, tiada masalah untuk wanita memakai pakaian hariannya asalkan menutup aurat ketika mana ada tetamu luar di rumahnya. Namun bila wanita keluar dari kehidupan khusus menuju ke kehidupan umum, terdapat satu lagi kewajipan bagi muslimah dalam berpakaian yang sering ditinggalkan- mengenakan jilbab.


Apakah itu jilbab? Jilbab secara mudahnya adalah sehelai pakaian yang mengulur dari atas hingga menutup kaki tanpa terpotong yang dipakai menutupi pakaian harian wanita ketika keluar ke kehidupan umum. Secara ringkas yang difahami adalah jubah. Kewajipan mengenakan jilbab ini berdasar hadith nabi yang melarang wanita keluar pada hari raya menunaikan solat sunat tanpa jilbab atau perlu meminjamkan jilbab kepadanya. Dari peristiwa itu dapat difahami bahawa hukum mengenakan jilbab ketika ditempat umum adalah wajib.

Alhamdulillah hari ini jilbab atau jubah telah menjadi sesuatu yang biasa terutamanya dikalangan wanita di Malaysia dan Indonesia. Namun perlu diperhatikan fesyen jubah tersebut tidak mengikut bentuk badan, tidak jarang dan sebagainya.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment