Street Dakwah Menyedarkan Kepentingan Sistem Ekonomi Islam

10 Disember 2016 (Ahad), Kuala Lumpur - MHTM KL mengambil kesempatan mengadakan aktiviti Street Dakwah sempena Kempen Kenali Sistem Ekonomi Islam: Celik Syariah Tegak Khilafah di Masjid India, Kuala Lumpur.

Kempen ini diadakan dalam rangka memberi pengetahuan kepada umat Islam tentang dinar dan dirham yang merupakan matawang dalam Islam. Matawang ini tidak lagi digunakan oleh setiap negeri umat Islam yang selama ini menggunakan fiat money .

Penjelasan ditekankan kepada pentingnya kesedaran untuk kembali menggunakan dinar dan dirham yang bukan sahaja membawa pelbagai kebaikan malah ia adalah hukum syarak yang wajib diterapkan.

InsyaAllah , semoga usaha dakwah di tengah-tengah masyarakat ini dapat mengembalikan kesedaran memperjuangkan Islam dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya Kuala Lumpur.










10 Disember 2016 (Sabtu), Sandakan - MHTM Cawangan Sandakan telah mengadakan Street Dakwah sempena Kempen Kenali Sistem Ekonomi Islam: Celik Syariah Tegak Khilafah bertempat di bandar Sandakan.

Para aktivis MHTM menerangkan kepada orang ramai tentang kepemilikan dalam Islam dan matawang dalam Islam iaitu dinar dan dirham. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda. Risalah berkaitan kempen turut diedarkan kepada orang ramai.






SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment